Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di kawasan Perumahan Estate Pulau Li Hua di sini hari ini, dipercayai akibat terhidu gas memasak.
Mayat suri rumah Ling Yung Ming, 40, anak perempuannya Cristine Tiang Soon Ai, 14, dan anak lelakinya Victor Tiang Soon Sheng, 2, ditemui kira-kira 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata seorang lagi anak pasangan itu yang berusia 17 tahun berjaya menyelamatkan diri setelah melompat keluar melalui tingkap dan meminta bantuan jiran yang kemudian menghubungi polis.
Beliau berkata sehubungan itu polis kini mencari seorang lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan tapak dan merupakan anggota keluarga terdekat mangsa bagi membantu siasatan.
"Remaja lelaki yang terselamat itu menyedari kejadian yang menimpa ibu dan dua adiknya itu setelah bangun dari tidur pagi ini dan melihat keadaan ibu dan adik lelakinya terbaring di lantai manakala adik perempuannya di atas tilam," katanya.
Shafie berkata lelaki yang ketika kejadian berada di rumah itu, kemudian melarikan diri dengan pacuan empat roda jenis Toyota.
Shafie berkata mayat wanita dan dua anaknya itu dihantar ke rumah mayat Hospital Daerah Sibu untuk bedah siasat.
Bernama
Fri Jul 05 2013
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
KKM kenal pasti tiga produk kosmetik mempunyai racun berjadual
Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.
Insiden di Pasir Gudang mungkin disebabkan terhidu gas beracun - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan menyedari kejadian itu dan akan memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah 'segala-galanya dalam kawalan'.
'7 produk kosmetik didapati mengandungi racun' - KKM
Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.
Kes laksa 'beracun' tiada kaitan isu Azeez Rahim
Isu berkenaan tidak kuat untuk mengalih isu besar yang melibatkan penahanan Abdul Azeez dan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah.
10 kes baharu keracunan alkohol dilapor - KP Kesihatan
Sebanyak 10 kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tujuh kes baharu keracunan arak dilapor - KP Kesihatan
Sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak sehingga tengah hari tadi.
Penjual arak murah beracun di Sabah berdepan hukuman berat
Individu yang didapati menjual arak yang mengandungi bahan terlarang di negeri ini, akan dikenakan tindakan undang-undang dan dipenjara mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
Suspek buat arak beracun sembunyi di kediaman mewah tengah ladang kelapa sawit
Samsudin Simbolon ditahan awal pagi semalam ketika bersembunyi di sebuah ladang sawit selepas rumah mewah miliknya yang dijadikan kilang membuat arak buatan sendiri.
'Kopi durian' beracun: Dua lelaki dilaporkan stabil
Kedua-duanya yang mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP pada Selasa, kerana mengalami simptom seperti letih dan sangat lemah, dilaporkan tidak mengalami sebarang komplikasi berat.
Tiga sekeluarga ditemui mati di Sibu, dipercayai terhidu gas memasak
Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di kawasan Perumahan Estate Pulau Li Hua di sini hari ini, dipercayai akibat terhidu gas memasak.