awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
10/09/2024
02:30 MYT
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
JOHOR BAHRU: Tiga buah sekolah di daerah ini ditutup hari ini akibat pencemaran bau yang melanda kawasan sekitar kawasan Kempas sejak semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, ketiga-tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah (swasta) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (swasta).
Menurut beliau, kesemua sekolah ini juga melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hari ini.
"Ia membabitkan 974 murid dan 64 guru di SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah (1,232 murid dan 92 guru) serta Sekolah Menengah Islam Hidayah (807 murid dan 75 guru).
"PdPR setakat ini, sehingga hari ini sahaja, namun ia bergantung kepada situasi dan laporan semasa keadaan pencemaran," kata beliau, di sini, hari ini.
Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati kedudukan SK Kampung Maju Jaya berada bersebelahan dengan jajaran Sungai Tebrau.
Jajaran Sungai itu masih berbau seakan 'minyak diesel' sekiranya berada dekat dengan tebing sungai.
Bagaimanapun, kawasan sekitar tidak mempunyai bau yang kuat.
Semalam, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, seramai 27 pelajar SK Maju Jaya, di sini, mengalami gejala pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka menerima rawatan awal di sekolah berkenaan oleh doktor dan jururawat dari sebuah klinik kesihatan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Topic Berkaitan
#pencemaran bau
#PdPR
#tiga sekolah ditutup
#bau minyak diesel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan