MELAKA: Operasi tiga sekolah menengah berasrama yang dikenal pasti kluster aktif COVID-19 di Melaka masih berjalan seperti biasa walaupun membabitkan 226 kes positif dalam kalangan pelajarnya.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata tiga kluster sektor pendidikan itu melibatkan Kluster Jalan Selandar, Kluster Jalan Sempang 20 Jasin 2 dan Kluster Lorong Bukit Piatu 15 2.
"Kluster Jalan Selandar melibatkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar membabitkan 64 kes, Kluster Jalan Sempang 20 Jasin 2 membabitkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghaffar Baba (72 kes) dan Lorong Bukit Piatu 15 2 iaitu Sekolah Menengah Teknik Melaka dengan 90 kes.
"Kesemua pelajar dihantar pulang ke rumah masing-masing untuk menjalani kuarantin bagi memastikan keadaan lebih terkawal dan mereka mempunyai simptom seperti sakit tekak, batuk dan selesema.
"Ia dikesan selepas ada pelajar mengalami simptom tersebut dan membuat ujian saringan COVID-19 sebelum ujian itu diperluas dalam kalangan pelajar lain dan mendapati semakin ramai yang positif selepas itu," katanya kepada pemberita pada Op Raya di sini hari ini.
Dr Rusdi berkata kesemua kluster berkenaan dijangka tamat pada 10 Mei dan keadaan di tiga sekolah itu juga terkawal, manakala Jabatan Kesihatan negeri akan terus melakukan pemantauan di sekolah-sekolah lain di negeri berkenaan.
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri juga dimaklumkan mengenai situasi terkini melibatkan sekolah-sekolah terbabit dan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 akan dijalankan secara berterusan dengan bantuan dan kerjasama pelbagai agensi.
"Walaupun kes terkawal dan tiada kenaikan ketara tetapi kita juga ingin menasihatkan kepada semua rakyat di negeri ini dan mereka yang pulang ke kampung halaman untuk beraya supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka di kawasan sesak bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Kes COVID-19 terbabit dikesan selepas ada pelajar mengalami simptom tersebut dan membuat ujian saringan COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Tiga sekolah menengah berasrama kluster aktif COVID-19 beroperasi seperti biasa
Operasi tiga sekolah menengah berasrama yang dikenal pasti kluster aktif COVID-19 di Melaka masih berjalan seperti biasa walaupun membabitkan 226 kes positif dalam kalangan pelajarnya.