awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
06/04/2022
08:39 MYT
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
Pemilik stesen minyak perlu memantau pengisian kenderaan berpendaftaran asing bagi mengelakkan penyalahgunaan RON95 kerana subsidi itu dikhaskan kepada kenderaan tempatan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Tiga stesen minyak disiasat kerana disyaki membenarkan kenderaan berpendaftaran asing membuat pengisian menggunakan minyak bersubsidi RON95 di premis mereka di sekitar Johor Bahru.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata pihaknya menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.
Jelasnya, kesalahan itu direkodkan itu sejak sempadan Malaysia-Singapura dibuka pada Jumaat lalu.
Tegasnya, pemilik stesen minyak perlu memantau pengisian kenderaan berpendaftaran asing bagi mengelakkan penyalahgunaan RON95 kerana subsidi itu dikhaskan kepada kenderaan tempatan.
“Tiga stesen minyak sedang siasat, untuk kita lihat sekiranya berlaku. Kita syak berlaku kesalahan jual RON95 kepada kenderaan asing.
“Kita minta kepada semua stesen minyak supaya ambil langkah pencegahan, terpulang apa sekalipun cara tetapi pastikan ada elemen kawalan dan pemantauan sendiri. Sekiranya didapati ada kesalahan, kami akan ambil tindakan,” katanya.
Subsidi Ron 95 | Tiga stesen minyak disiasat
Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pemantauan stesen minyak di Jalan Skudai, Johor Bahru pada Rabu.
Sejak pembukaan sempadan lalu, beberapa video dan gambar dipercayai warga Singapura mengisi minyak RON95 di Johor Bahru tular di media sosial dan menerima kritikan warganet.
Dalam pada itu, Khairul Anuar turut memohon agar orang awam untuk menyalurkan maklumat dan aduan dengan jelas.
Katanya ketiadaan maklumat jelas seperti lokasi dan waktu kejadian menyukarkan pihaknya untuk menjalankan siasatan terhadap pemilik stesen minyak terbabit.
Topic Berkaitan
#RON95
#buka sempadan
#KPDNHEP
#Singapura
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan