KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan dalam Op Gelombang 2 kerana disyaki menjadi 'transporter' atau penghantar pendatang tanpa izin di sekitar Jeli dan Gua Musang, Kelantan, Isnin lepas.
Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini berkata mereka dipercayai tiba dari negara jiran melintasi Sungai Golok dan kemudian dipindahkan dengan tiga kenderaan ke rumah penampungan.
Beliau berkata berdasarkan maklumat dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi mendapati modus operandi sindiket itu adalah masuk melalui laluan udara ke Thailand dari Indonesia dan menyeludup melintasi sempadan Malaysia-Thailand melalui Sungai Golok.
Khairul Dzaimee berkata dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap pendatang tanpa izin untuk masuk ke Malaysia.
"Kesemua pendatang tanpa izin ini kemudian akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk bekerja secara tidak sah manakala pendatang tanpa izin wanita pula mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut atau menawarkan perkhidmatan seks.
"Siasatan awal mendapati 'transporter' tempatan ini menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap pendatang tanpa izin yang diangkut dari sempadan menaiki kenderaan yang ditetapkan," katanya.
Khairul Dzaimee berkata semasa serbuan dilakukan, terdapat 'transporter 'dan pendatang tanpa izin yang cuba melarikan diri dengan bertindak secara agresif dan memberi ancaman secara fizikal namun tindakan mereka berjaya digagalkan oleh pegawai operasi.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Mei 2022 dan menyasarkan pendatang tanpa izin dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India yang cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini.
"Berdasarkan anggaran, seramai 160 pendatang tanpa izin sebulan dibawa masuk oleh sindiket ini menyebabkan kerajaan kerugian hasil sebanyak RM1.7 juta dalam bentuk kutipan levi pekerja asing.
"Kesemua pendatang asing ini disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007," katanya.
Khairul Dzaimee berkata tiga kenderaan pelbagai jenis yang dianggar bernilai RM100,000 itu akan disita manakala tiga 'transporter' terbabit akan direman bagi membantu siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia. -Bernama

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

Sindiket perjudian didalangi warga asing tumpas
Jabatan Imigresen melumpuhkan rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing susulan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan semalam.

Tiga 'transporter' ditahan disyaki bawa masuk 15 pendatang tanpa izin
Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia.

JIM Negeri Sembilan serbu penempatan haram, 32 ditahan
JIM Negeri Sembilan menahan 32 pendatang tanpa izin termasuk 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam serbuan di sebuah penempatan haram berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi tadi.

Judi sabung ayam: 43 lelaki termasuk warga asing ditahan
Serbuan yang dibuat sekitar jam 4.15 petang itu berjaya menahan 27 lelaki tempatan dan 16 lelaki warga asing, berumur di antara 22 hingga 60 tahun.

Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing
Serbuan pada 8.30 malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun yang merupakan majikan.

9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen
Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Langgar syarat lesen, lima kru Myanmar ditahan
Bot kelas C yang mencurigakan itu ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.05 petang di lokasi kira-kira 20 batu nautika dari Muara Kuala Pahang.

PGA tahan empat pemandu treler seludup masuk pendatang asing
Pemeriksaan ke atas treler bermuatan barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran itu dilakukan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.