awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga Malaysia ditahan di Filipina diterbangkan ke Manila esok - Saifuddin

Bernama
Bernama
05/09/2024
10:00 MYT
Tiga warga Malaysia ditahan di Filipina diterbangkan ke Manila esok - Saifuddin
Saifuddin (kiri) pada majlis perasmian Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu hari ini. -Bernama
KOTA KINABALU: Seramai 11 individu termasuk tiga warganegara Malaysia yang ditahan selepas disyaki memasuki perairan Filipina secara haram pada Ahad (1 Sept), akan diterbangkan ke Manila, Filipina esok.

Ringkasan AI
  • Seramai 11 individu, termasuk tiga warganegara Malaysia, ditahan kerana disyaki memasuki perairan Filipina secara haram. Mereka akan diterbangkan ke Manila untuk proses dokumentasi sebelum diusir.
  • Empat lagi warganegara Malaysia masih ditahan di selatan Filipina untuk siasatan pemilikan bot yang digunakan dalam kes memasuki perairan Filipina secara haram.
  • Pada Ahad, pihak berkuasa Filipina menahan 15 individu terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia dan lapan warga China, selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka dihantar ke Manila untuk proses dokumentasi, sebelum pengusiran dilakukan pihak berkuasa Filipina.
"Selebihnya empat lagi warganegara Malaysia masih ditahan di selatan Filipina untuk proses siasatan pemilikan bot.
"Kes memasuki perairan Filipina itu melibatkan bot, jadi kerajaan di sana menahan bot berkenaan dan akan mengetahui siapa pemilik bot berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa Tahun 2024, dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.
Pada Ahad, pihak berkuasa Filipina menahan 15 individu terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia dan lapan warga China, selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.
Memetik laporan Philippines News Agency (PNA), Pesuruhjaya Biro Imigresen (BI) Filipina Norman Tansingco, melalui kenyataan berkata mereka ditahan Pihak Berkuasa Maritim, Tentera Laut Filipina dan Tentera Darat Filipina di kawasan perairan Sitangkai, dekat Tawi-Tawi di Wilayah Selatan negara berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai konvensyen berkenaan Saifuddin berkata program kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan Sabah itu menggambarkan sinergi strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, dalam usaha menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa secara lebih berkesan dan bersasar.
"Melalui Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang dipengerusikan oleh saya dan Ketua Menteri Sabah, beberapa perbincangan penting telah diadakan dalam menangani isu Pendatang Tanpa Izin.
"Antara keputusan yang telah diambil ialah meneruskan aktiviti pendataan digital warga asing di Sabah, yang merupakan usaha sama antara kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
"Inisiatif ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah kepelbagaian dokumen identiti serta meningkatkan pengurusan warga asing di Sabah secara lebih berkesan dan sistematik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#perairan Filipina
#pendatang tanpa izin
#warganegara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan