AYER KEROH: Seorang penganggur yang didakwa membunuh bekas abang iparnya dalam kejadian pada hari pertama Syawal, di Kampung Berangan Enam, Jasin, Melaka, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 20 Mei terhadap penganggur berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat.
Penahanan reman terhadap suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, suspek lelaki itu terdahulu ditahan sekitar jam 6.30 petang semalam di hadapan sebuah masjid kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal sebelum berjaya dicekup sepasukan polis daripada Siasatan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.
Katanya, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah selain ujian saringan air kencing terhadapnya juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Dalam kejadian semalam, Astro AWANI melaporkan keceriaan sambutan Aidilfitri sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut ditikam bekas adik ipar dalam kejadian di Kampung Berangan Enam.
BACA: Lelaki maut ditikam bekas adik ipar di pagi raya
Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu tercetus apabila suspek datang ke rumah bekas keluarga mentuanya untuk mengambil dua anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun daripada bekas isteri.
Mangsa yang berusia 36 tahun dikatakan cuba menenangkan bekas adik iparnya sebelum suspek bertindak luar kawalan menikam mangsa menggunakan senjata pisau yang dibawa sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 14 2021
Suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal sebelum berjaya dicekup sepasukan polis. - Astro AWANI
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
Juruwang warga China maut ditikam
Tujuh individu yang merupakan rakan kerja mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan polis.
Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita sehingga parah
Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Lelaki mati ditikam di Singapura
Mangsa berusia 41 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah blok perumahan dan dibawa ke hospital.
Lelaki Pakistan maut ditikam
Kejadian berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta.
Dua pembunuh termuda di UK dipenjara seumur hidup, bunuh mangsa dengan parang
Dua pembunuh itu membunuh mangsa dengan ditikam di jantung dan mengalami patah tengkorak di padang permainan Stowlawn, Wolverhampton.
Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.