awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam rakan hingga mati gara-gara hilang telefon bimbit

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2017
10:11 MYT
Tikam rakan hingga mati gara-gara hilang telefon bimbit
Lokasi dan senjata yang digunakan dalam kejadian tikam di Sipitang antara dua rakan. - Astro AWANI
Angkara mabuk, seorang lelaki menikam rakan sekerjanya sehingga mati selepas tidak puas hati kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik mangsa dalam kejadian di sebuah rumah kongsi berhampiran ITC daerah Sipitang, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sipitang akibat kecederaan parah di bahagian diperutnya.
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dan pertengkaran mangsa dengan rakannya sekerja.
"Mangsa dan suspek dikatakan mabuk, lalu mangsa mencari telefon bimbitnya di rumah suspek dan berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau diperut.
"Akibat kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sipitang oleh rakannya dan didapati mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sabarudin berkata, bertindak atas maklumat, jam 1.30 pagi tadi, polis berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan ketika kejadian itu.
"Suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun direman bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mabuk
#maut
#PDRM
#polis
#suipitang
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan