awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama

Bernama
Bernama
19/07/2022
23:15 MYT
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak menularkan lagi video berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif terutama yang mempunyai unsur provokasi kepada negara Malaysia mahupun Indonesia. - Video tular
KUALA LUMPUR: Video yang tular di aplikasi TikTok menunjukkan askar Malaysia melakukan pendaratan payung terjun di lokasi yang salah merupakan video lama semasa Eksesais Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) pada 2013.
Markas Tentera Darat dalam kenyataannya memaklumkan penerjunan itu dilakukan ketika eksesais berkenaan yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013 oleh penerjun dari Grup Gerak Khas (GGK) dan Tentera Darat dan Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat.
"Insiden berkenaan berlaku selepas pelepas yang merupakan anggota KOPASSUS telah melepaskan para penerjun ketika keadaan angin sedikit kencang yang menyebabkan kesemua penerjun GGK dan KOPASSUS tersasar dari kawasan pendaratan yang telah didaftarkan.
"Tentera Darat menyangkal kenyataan berita yang mengatakan hanya anggota GGK sahaja yang tersasar dari kawasan pendaratan sebaliknya melibatkan anggota-anggota kedua-dua buah angkatan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak menularkan lagi video berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif terutama yang mempunyai unsur provokasi kepada negara Malaysia mahupun Indonesia.
Terdahulu, tular satu video di TikTok bertajuk 'Tentera/Askar Terjun Payung Malaysia Salah Mendarat' yang diambil dari saluran televisyen Indonesia menunjukkan tentera Malaysia mendarat di kawasan yang salah dan telah diselamatkan warga tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#payung terjun
#tentera darat
#video tular di TikTok
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan