awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia

Bernama
Bernama
19/01/2021
21:05 MYT
Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Kata Dr James Jemut, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya mengenai pembinaan tembok dan pagar di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia. -Gambar fail
KUCHING:Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu tembok ataupun pagar dibina di kawasan-kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke dalam negeri ini.
Beliau berkata Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak di selatan negeri ini sehingga ke Lawas, daerah paling utara yang dianggarkan menelan kos RM24 bilion.
"Mengenai pembinaan tembok dan pagar, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya (Kerajaan Persekutuan). Lagipun kami bukan hanya melindungi kawasan Sarawak tetapi tanah Malaysia juga," katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada Bernama.
Beliau berkata dalam lawatannya ke Telok Melano baru-baru ini, satu kawasan sempadan di hujung selatan Sarawak, beliau dapat melihat sebuah kampung, sebatang jalan di bina Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan satu jalan tikus berhampiran sempadan.
"Tidak kurang daripada 70 laluan sedemikian dari Telok Melano ke Lawas. Ia adalah satu cabaran bagi kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#bina pagar sempadan
#tembok
#lebuh raya
#CIQS Biawak
#Tentera Nasional Indonesia
#James Jemut Masing
#Timbalan Ketua Menteri II Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan