awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri KBS nafi 'angkat geng' pukul wartawan

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2017
12:41 MYT
Timbalan Menteri KBS nafi 'angkat geng' pukul wartawan
Menurut Saravanan, kehadiran beliau berhampiran pejabat organisasi media berbahasa Tamil itu bagi meleraikan pertengkaran. - Gambar fail
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menafikan dakwaan sebuah media bahawa beliau terlibat dalam mendalangi kes pukul seorang Pengurus Besar sebuah organisasi media petang tadi.
Sebaliknya, kehadiran beliau berhampiran pejabat organisasi media berbahasa Tamil itu bagi meleraikan pertengkaran.
"Tadi saya berada di pejabat MIC Wilayah Persekutuan dan diberitahu bahawa terdapat pergaduhan di sana.
"Saya bergegas ke pejabat media itu yang terletak berdekatan dengan pejabat MIC Wilayah untuk meredakan ketegangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kata Saravanan, dia bergegas ke pejabat media itu yang terletak berdekatan dengan pejabat MIC Wilayah untuk meredakan ketegangan. - Foto Astro AWANI
Kata Saravanan, dia bergegas ke pejabat media itu yang terletak berdekatan dengan pejabat MIC Wilayah untuk meredakan ketegangan. - Foto Astro AWANI
Pertengkaran terbabit dikatakan berpunca daripada laporan media tersebut yang menyentuh isu kutipan sewa hartanah milik MIC Wilayah Persekutuan.
Laporan tersebut mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan itu menyeleweng hasil kutipan wang sewa tersebut.
Saravanan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai tidak berasas dan bertujuan untuk menjejaskan kredibilitinya.
Kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertengkaran tersebut telah membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#bangunan MIC
#hartanah
#kes pukul
#M Saravanan
#organisasi media
#sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan