awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei

Bernama
Bernama
08/05/2022
04:13 MYT
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei
Kamarudin juga dijadual menyambut Perdana Menteri semasa persinggahan beliau di London pada 10 Mei. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 8 hingga 11 Mei.
Semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu penyandang Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel, Patricia Scotland untuk berbincang dan bertukar pandangan berkenaan kaedah terbaik bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Komanwel, menurut kenyataan Kementerian Luar, hari ini.
Timbalan Menteri juga dijadual menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa persinggahan beliau di London pada 10 Mei, dan seterusnya mengiringi Perdana Menteri ke pameran "Tenun Pahang: Menenun Harapan" di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London.
Ini adalah bersempena Minggu Kraf London yang diadakan dari 9 hingga 15 Mei 2022.
Kamarudin juga akan mengiringi Perdana Menteri menghadiri sambutan hari raya bersama Keluarga Malaysia di London.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri Luar
#lawatan kerja
#United Kingdom
#Kamarudin Jaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan