awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri Luar hadiri Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Palestin di Iran

Bernama
Bernama
22/12/2023
15:50 MYT
Timbalan Menteri Luar hadiri Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Palestin di Iran
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengadakan lawatan kerja ke Republik Islam Iran bagi menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Isu Palestin bermula hari ini hingga Isnin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengadakan lawatan kerja ke Republik Islam Iran bagi menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Isu Palestin bermula hari ini hingga Isnin.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohamad dijadual mengetengahkan antara lain pendirian tegas Malaysia berhubung isu Palestin, termasuk menggesa rejim Zionis untuk serta-merta menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin dan usaha berterusan negara dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, pada persidangan itu.
Menurut kenyataan itu persidangan berkenaan diadakan sebagai solidariti bersama rakyat Palestin dan bagi membincangkan cabaran serta strategi untuk penyelesaian jangka panjang kepada konflik berterusan di Gaza, selain mencari mekanisme lebih berkesan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Isu Palestin yang dihoskan Presiden Republik Islam Iran Seyed Ebrahim Raisi, akan turut dihadiri beberapa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara bukan anggota OIC," menurut Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri Luar
#Mohamad Alamin
#lawatan kerja
#Iran
#Persidangan Peringkat Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan