awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2013
09:06 MYT
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah letak jawatan
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatannya berkuatkuasa semalam bagi memberi laluan kepada pimpinan baru parti untuk menentukan barisan kepimpinanya sendiri.
Surat perletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Pas pusat pada isnin lalu.
Beliau yang juga ADUN (Pas) Pengkalan Kudor ketika ditemui pagi ini berkata tindakan itu adalah wajar memandangkan beliau adalah timbalan pesuruhjaya yang dilantik oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika pentadbirannya.
Pas pusat sebelum ini sudah membuat keputusan untuk melantik Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah, sekali gus menunjukkan bahawa kepimpinan negeri memerlukan nafas dan idea baru.
Beliau berkata kepada media selepas hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan Exco Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah.
Sebanyak lapan ADUN dilantik menjadi ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Topic Berkaitan
#baru
#Exco
#Kedah
#letak jawatan
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan