awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
Rusuhan bersenjata di Mount Austin berpunca daripada tuntutan RM100,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Ahmad Zahid boleh timbulkan ketidakpercayaan ahli UMNO - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2020
05:48 MYT
Tindakan Ahmad Zahid boleh timbulkan ketidakpercayaan ahli UMNO - Penganalisis
Dr Achmad Dzariean berkata, impaknya besar kalau Ahmad Zahid beri sokongan kepada Anwar. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kepercayaan ahli UMNO akan pudar kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seandainya benar Presiden parti itu benar-benar menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.
Felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri menegaskan, ia sekali gus akan memberi kesan besar dan isyarat tidak baik kepada parti itu sendiri.
"Impaknya kepada Ahmad Zahid dan parti, juga dasar UMNO itu sendiri. Apabila dia jadi komponen sokong kerajaan, kita lihat kenyataan UMNO sebelum ini yang tidak mahu memberi kerjasama dengan Anwar dan menolak kerjasama bersama DAP.
"Impaknya besar kalau (Ahmad Zahid) beri sokongan kepada Anwar, ini akan menyebabkan masalah kebolehpercayaan daripada ahli apabila presiden buat signal tidak baik.
"Baik di peringkat atasan UMNO dan kepercayaan bawahan (ahli) sendiri kepada pimpinan parti," katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.
BACA: Anwar sahkan hanya kemuka senarai sokongan ahli Parlimen PKR
BACA: Surat Zahid, Najib sokong Anwar mungkin hanya spekulasi - Khaled Nordin
Pada Jumaat, sebuah portal mendakwa, Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyokong Pengerusi Pakatan Harapan itu membentuk kerajaan baharu.
Portal berkenaan mendakwa, surat bertarikh 11 Oktober menyatakan, kedua-dua Najib dan Ahmad Zahid bersama sejumlah Ahli Parlimen UMNO bersetuju menyokong Anwar.
Dalam pada itu Dr Achmad Dzariean menegaskan, Perikatan Nasional (PN) perlu berbuat sesuatu jika benar perkara ini benar berlaku.
"Dari hari ke hari kita lihat banyak Ahli Parlimen menyatakan usul tidak percaya kepada kerajaan sekarang.
"Sekiranya dakwaan ini tidak benar, maka pihak PN juga perlu mengambil tindakan serius dengan melihat kembali atau memanggil kembali Presiden parti yang berada dalam PN dan UMNO yang di luar untuk kembali berunding dan menyelesaikan perkara ini dengan baik," katanya.
Sebelum ini, 16 Ahli Parlimen dari Pejuang dan Parti Amanah Negara (Amanah) memfailkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan