awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tindakan Alvivi akan menyalurkan ketidaksefahaman Melayu dan Cina" - NGO India

Haider Yutim
Haider Yutim
17/07/2013
07:27 MYT
"Tindakan Alvivi akan menyalurkan ketidaksefahaman Melayu dan Cina" - NGO India
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India hari ini menyifatkan tindakan pasangan Alvivi yang telah mempersendakan bulan Ramadan sebagai tindakan yang boleh ’menyalurkan ketidaksefahaman kaum Melayu dan Cina’ di Malaysia.
Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) itu, Thamotharan Uthirapathai, tindakan pasangan itu tidak bertanggungjawab dan telah memalukan agama Islam serta masyarakat Melayu.
”Tindakan tidak bertanggungjawab mereka sama sekali akan menyalurkan kepada ketidaksefahaman antara kaum Melayu dan Cina di negara kita yang hidup aman dan damai,” katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan polis terhadap pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee.
perinnbam
perinnbam
Beliau turut meminta pihak polis supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan blogger seks itu atas pengkhianatan dan pencerobohan mereka terhadap kesejahteraan dan keharmonian negara.
”Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai dimana perpaduan rakyat tiga bangsa merupakan tunggak utama negara Malaysia,” kata Thamotharan.
Selain itu, beliau juga menggesa pasangan tersebut tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Islam dan Melayu.
Pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak atas tindakan mereka di laman sosial baru-baru ini.
Pasangan itu telah didakwa mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat-naik gambar hidangan bak kut teh dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa.
Berikutan itu, Perinnbam telah membuat laporan polis terhadap mereka hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sekitar jam 10.30 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Alvin Tan
#Alvivi
#Cina
#India
#kaum
#Melayu
#NGO
#perinnbam
#Vivian Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan