Tindakan kerajaan mengharamkan komik propaganda “Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” bukan kerana desakan pihak tertentu atau tindakan mana-mana pihak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengharaman ke atas penerbitan tersebut dilakukan selepas kementerian mendapati wujud asas yang kukuh berdasarkan isi kandungannya.
“Kita dah teliti dan kaji. Memang ada asas kukuh. Bukan kerana apa-apa sentimen atau tindakan terhadap mana-mana pihak.
"(Pengharaman itu) hanya berdasarkan kandungan. Apatah lagi ia telah diedarkan dalam negara dan dihantar ke sekolah. Jadi, isu ini sudah jadi suatu perkara yang amat serius.
“Sebab itu saya kena ambil tindakan secepat mungkin. Dan saya nak nasihat, larangan sudah dikeluarkan, jadi elok jangan kita baca dan elakkan menggunakannya,” katanya kepada media ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan komik kontroversi “Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama,” bersekali dengan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Dalam satu kenyataan susulan, KDN berkata, larangan itu dikuatkuasakan ekoran kandungan penerbitan itu mengandungi elemen yang boleh memudaratkan ketenteraman dan keselamatan orang awam, serta mungkin menggemparkan fikiran masyarakat.
Kandungan penerbitan itu antara lain cuba mempromosi ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan mengenai perjuangan komunis, serta membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan fahaman itu.
Firdaus Azil
Thu Oct 24 2019

Pada Rabu, KDN mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan komik kontroversi -Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama,- bersekali dengan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Anak gajah Borneo Pygmy ditemui mati dalam ladang sawit
Bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.

COVID-19: Thailand pertama kali lulus vaksin keluaran AstraZeneca
Vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.

Kerajaan boleh nilai semula GST, tambah baik pelaksanaan - MIDF
Kerajaan boleh menilai semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengkaji untuk cukai penggunaan itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara salur peruntukan RM1.55 juta bagi penyediaan PPE
Sehingga 4 Jan lepas, sebanyak 176,043 unit PPE disiapkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Presiden baharu AS | Reaksi berbelah bahagi di Asia Barat
Ada yang sambut baik. Ada yang pesimistik. Itu reaksi yang peroleh di rantau Asia barat terhadap pelantikan Joe Biden sebagai presiden baharu Amerika Syarikat.

Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia hasil sumbangan Profesor - MPN
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

Misi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air dihentikan
Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air yang terhempas awal bulan ini, pada Khamis.

Bangunan syarikat pengeluar vaksin terbesar dunia terbakar
Sebuah bangunan dalam pembinaan milik pengeluar vaksin terbesar dunia, Serum Institute of India musnah dalam kebakaran pada Khamis. Situasi itu berkemungkinan merencatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.

Jangkitan baharu COVID-19 menular, China bimbang pergerakan rakyat pada sambutan Tahun Baharu
Pada Isnin, China mencatatkan 118 kes baharu, iaitu bertambah berbanding 109 pada hari sebelumnya.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Pembukaan sekolah 20 Januari perlu berperingkat - PIBGN
Peningkatan kes COVID-19 ketika ini selain keadaan beberapa negeri yang terjejas akibat banjir perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Kerajaan Sarawak digesa perketat SOP sambutan Tahun Baharu Cina
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada 12-13 Feb ini, empat persatuan Cina di Sibu menggesa kerajaan negeri mengetatkan lagi SOP tempoh perayaan itu

Lapan hospital jalankan ujian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
Ujian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dari China akan dijalankan di lapan hospital bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pasar Payang dilanda banjir kilat malam tadi
Daerah yang terlibat hari ini ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman, malah proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa daerah lain pagi ini.

KKMM tambah baik penyampaian maklumat COVID-19 dalam Tamil, Mandarin - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menambah baik penyampaian mesej mengenai pandemik COVID-19, khususnya dalam bahasa Mandarin dan Tamil, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Kerajaan akan terus bela nasib rakyat meskipun banyak tohmahan dilemparkan - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus membela nasib rakyat meskipun banyak tohmahan bukan-bukan dilemparkan kepada Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini.

Tahun Baharu Cina 2021 P. Pinang disambut secara maya
Keputusan itu dibuat kerajaan negeri berikutan ketidaktentuan situasi semasa akibat penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Gelandangan warga emas berkerusi roda disamun, ditumbuk berkali-kali
Seorang gelandangan cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki yang bertindak menyamun beg sandangnya.