awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan imigresen jejaskan usaha bendung selesema burung di AS

Bernama
Bernama
20/04/2025
10:34 MYT
Tindakan imigresen jejaskan usaha bendung selesema burung di AS
Sejak Mac 2024, sebanyak 65 kes selesema burung disahkan dalam kalangan pekerja di ladang ternakan. - AP
SACRAMENTO: Kebimbangan terhadap tindakan penguatkuasaan imigresen menghalang pekerja asing ladang ternakan di Amerika Syarikat daripada mendapatkan rawatan perubatan, sekali gus menjejaskan usaha mencegah penularan selesema burung, menurut laporan organisasi dasar kesihatan KFF.
Sejak Mac 2024, sebanyak 65 kes selesema burung disahkan dalam kalangan pekerja di ladang ternakan.
Bagaimanapun, pakar penyakit berjangkit percaya angka sebenar lebih tinggi susulan pengawasan yang tidak menyeluruh, lapor Xinhua.
Petugas kesihatan mendedahkan kesukaran untuk berhubung dengan pekerja ladang akibat kebimbangan ditahan atau diusir, terutamanya selepas tindakan imigresen yang semakin agresif sejak perubahan pentadbiran Januari lalu.
Pada hujung tahun lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melancarkan kempen vaksin selesema bermusim untuk lebih 200,000 pekerja ternakan.
Namun kadar vaksinasi merosot serta-merta selepas serbuan imigresen pada Januari, menurut petugas kesihatan.
Anna Hill Galendez, peguam kanan di "Michigan Immigrant Rights Centre", berkata operasi agresif pihak Imigresen dan Kastam menyebabkan pekerja ladang di Michigan tidak keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan dan vaksin.
"Mereka mahukan rawatan. Mahukan vaksin. Mahukan peralatan perlindungan diri. Mahukan ujian.
"Tapi mereka takut keluar rumah kerana tindakan imigresen," kata Galendez.
Pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa setiap jangkitan manusia memberi ruang kepada virus untuk bermutasi dan berpotensi menyebabkan pandemik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Amerika Syarikat
#pekerja asing
#ladang ternakan
#selesema burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan