KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan menyelaras lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29 hingga 31 Mac lalu.
Demikian pandangan disuarakan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman yang berkata, Saifuddin seharusnya dapat menguruskan situasi dengan lebih baik, terutamanya melibatkan dua diplomat negara ini.
"Secara peribadinya, saya akan mengendalikan situasi dengan lebih berbeza dan akan mengarahkan siasatan dalaman dijalankan terlebih dahulu.
"Meskipun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memanggil pulang dua diplomat negara di atas kegagalan penyelarasan urusan pentadbiran dan logistik lawatan tersebut adalah perkara biasa, namun tindakan memanggil semula (diplomat) tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa.
"Saya ragu-ragu bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang mengenai butiran penting, terutamanya apabila ia melibatkan perdana menteri kita," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Gagal urus lawatan PM ke Dubai: Diplomat Malaysia ke UAE dipanggil pulang - KLN
Jelas Anifah lagi, lazimnya apabila terdapat lawatan rasmi perdana menteri ke luar negara, persediaan yang rapi melibatkan menteri luar akan dilakukan terlebih dahulu.
"Beliau (menteri luar) sepatutnya berada di lokasi ketibaan terlebih dahulu sebelum kedatangan perdana menteri bagi memastikan segala persiapan dipenuhi.
"Jika sebagai menteri luar, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan seperti yang berlaku ketika lawatan perdana menteri ke UAE baru-baru ini.
"Ini merupakan sesuatu yang memalukan buat negara kita. Dan menteri sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan yang datang dari kementeriannya sendiri," kata beliau.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, tindakan memanggil balik dua diplomat negara di UAE hanya akan memberi imej buruk terhadap negara.
Ia, katanya, seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak mampu mengendalikan lawatan penting melibatkan ketua negara.
"Pegawai serta diploma di Wisma Putra terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Dan selalunya mereka yang dipilih sebagai duta adalah diplomat peringkat tertinggi, dengan pengalaman yang cukup besar.
"Insiden seperti itu jarang berlaku. Sekiranya berlaku, situasi seperti itu dapat ditangani terlebih dahulu oleh menteri luar," jelas beliau lagi.
Kata Anifah, adalah menjadi tanggungjawab Saifuddin untuk berada di lokasi ketibaan dan sekiranya tidak dapat berbuat demikian, beliau tidak sepatutnya bersetuju dengan keputusan memanggil semula dua diplomat negara ke Putrajaya.
Terdahulu, Kementerian Luar mengesahkan Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dipanggil pulang atas kegagalan menyelaras urusan lawatan rasmi perdana menteri pada 29 hingga 31 Mac lalu.
Menurut Wisma Putra, tindakan itu diambil kerana kedua-dua ketua perwakilan tersebut didapati gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan itu, berdasarkan Prosedur Operasi Tetap bagi lawatan peringkat tinggi negara di luar negeri, terutamanya semasa ketibaan perdana menteri di Dubai.
Nickyson Nyambar
Wed Apr 13 2022

Anifah berkata, tindakan memanggil balik dua diplomat negara di UAE hanya akan memberi imej buruk terhadap negara, yang seolah-olah tidak mampu mengendalikan lawatan penting melibatkan ketua negara. - Gambar fail

Kemalangan | Pertembungan dua lori, seorang maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangk di Jalan Segama, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Muhamad Raziq Ikhwan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Mayat pemancing lemas di Tasik Gubir ditemukan
Mayat Othman Abdul Ghani, 49, ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tempat bot dinaikinya tenggelam pada pukul 3 petang ini.

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Peniaga perlu pamer harga upah potong ayam dengan jelas
Perkhidmatan potong ayam tidak salah, tetapi pelanggan ada hak untuk menolaknya.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Perang Rusia-Ukraine: Australia jamin jadi pembekal makanan kepada Malaysia
Australia memberi jaminan akan terus menjadi pembekal makanan kepada Malaysia berikutan gangguan rantaian bekalan global susulan Perang Rusia-Ukraine.

Pelapor Khas PBB iktiraf peranan Malaysia dalam isu hak asasi rakyat Myanmar - Wisma Putra
Wisma Putra berkata, lawatan Andrews bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam pendekatan Malaysia dan ASEAN mengenai situasi Myanmar

Malaysia perlu kaji semula dasar tentang pelarian Rohingya - Pelapor Khas PBB
Malaysia negara ASEAN yang pertama yang menjemput beliau selaku pelapor khas PBB untuk berkongsi dapatan tentang hak asasi rakyat Myanmar.

Malaysia gusar tindakan hina Nabi Muhammad, mahu India tegas hentikan perbuatan itu - Saifuddin
Saifuddin berkata, perkara itu telah disuarakannya dalam pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Kuala Lumpur, BN Reddy pada Selasa lepas.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan di gereja di Ondo, Nigeria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St. Francis di Ondo, Nigeria pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Nabi Muhammad dihina, sikap berdiam diri Kerajaan Malaysia memalukan - Pejuang Muda
Abu Hafiz berkata, Qatar, Kuwait, Iran dan beberapa negara lain telah menerbitkan Nota Bantahan Diplomasi dan memanggil Duta India.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad.

Malaysia seru masyarakat antarabangsa segera tuntut rejim Israel hentikan provokasi di Gaza
Malaysia juga mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan pelampau dan pegawai Israel di kawasan tersebut pada Ahad lepas.

Wisma Putra, BNM bincang salur wang kepada rakyat Malaysia di Rusia
Buat masa ini, hanya ada sejumlah kecil bank di Rusia yang masih boleh beroperasi dan membantu daripada segi pengeluaran wang.

Malaysia gesa kuasa veto UNSC dihadkan, berusaha ke arah pembaharuan Majlis Keselamatan
Malaysia menyokong resolusi terbaharu A/RES/76/262, yang diterima pakai pada Selasa (26 April).