Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu serta konfederasi berkaitan supaya menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya di peringkat domestik dan benua dengan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Ringkasan AI
- FIFA menangguhkan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
- FAM menerima maklum balas daripada FIFA berkenaan penangguhan yang melibatkan pemain seperti Facundo Garces dan Joao Figueiredo.
- Keputusan CAS membenarkan pemain-pemain tersebut untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan diterima.
"FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta," menurut hantaran itu.
Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa CAS telah membenarkan tujuh pemain warisan terbabit yang sebelum ini digantung untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan mereka diterima.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


