CAMERON HIGHLANDS: Tindakan pantas juruterbang Kapt Fedzrol Norazam yang menghubungi rakannya memberitahu helikopter dibawanya terhempas, membolehkan pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan pantas.
Fedzrol, 43, merupakan juruterbang helikopter yang membawa lima anggota pasukan perubatan dalam perjalanan pulang dari Gua Musang, Kelantan ke Ulu Kinta, Ipoh, yang terhempas di Hutan Simpan Bukit Kinta, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata melalui maklumat awal yang diperoleh pihaknya, juruterbang berkenaan telah menghubungi rakannya di Ipoh yang kemudian melaporkan perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM).
"Berikutan itu kita telah mendapat maklumat mengenai kedudukan helikopter berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia lingkungan 31 hingga 48 tahun, dapat dijalankan dengan kadar segera," katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, di sini, malam tadi.
Turut hadir Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya Syed Abdul Rahman.
Mohd Yusri berkata ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas, semua mangsa berjaya keluar daripada helikopter dan berada di tempat yang selamat.
"Dua penumpang mengalami kecederaan yang agak teruk, seorang jururawat patah kaki dan seorang cedera di bahagian lutut. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (di sini) dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan," katanya.
Mohd Yusri berkata operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan pada pukul 9 malam, selepas mangsa terakhir dibawa ke hospital.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, helikopter berkenaan berada pada laluannya ketika kejadian bagaimanapun menghadapi cuaca buruk seperti hujan dan berkabus.
"Siasatan lanjut mengenai insiden ini dan kerja-kerja mengeluarkan bangkai pesawat akan dijalankan CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia)," katanya.
Terdahulu, CAAM mengesahkan telah menerima maklumat berhubung kemalangan udara, membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW di Cameron Highlands itu pada 1.03 tengah hari.
BACA: Helikopter terhempas bawa Pasukan Doktor Udara rawat Orang Asli - Khairy
Helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Juruterbang berkenaan telah menghubungi rakannya di Ipoh yang kemudian melaporkan perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM). - Foto Sinar Harian
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Tiga maut nahas helikopter di Switzerland
Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.
Arus deras, dasar laut berlumpur sukarkan pencarian kotak hitam helikopter AW139
Maritim Malaysia, bagaimanapun, positif akan menjumpainya dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini dikesan
2 maut nahas helikopter di rantau Magadan, Rusia
Dua maut manakala dua lagi mengalami kecederaan apabila sebuah helikopter Mi-8 terhempas di rantau Magadan, Rusia pada Khamis, lapor media tempatan.
Anggota tentera AS maut dalam nahas helikopter
Seramai tiga orang terbunuh dalam nahas helikopter Pengawal Kebangsaan AS berhampiran sempadan Texas-Mexico pada Jumaat, menurut Pentagon.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter berjaya dibawa keluar
Bangkai helikopter AW139 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang mendarat cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, berjaya dibawa keluar tengah malam Selasa.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.