awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tindakan PAS pecat Nasharuddin makan diri'

Bernama
Bernama
01/02/2013
11:15 MYT
'Tindakan PAS pecat Nasharuddin makan diri'
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan tindakan PAS memecat Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai 'memakan diri'.
Beliau berkata selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan.
"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin PAS yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini hari ini.
Menyentuh pendirian PAS yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata PAS perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong PAS secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu.
"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.
"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cuba bezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap PAS bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#nasharuddin mat isa
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan