Tindakan ratusan Pemuda UMNO berarak dan berhimpun di ibu pejabat DAP pada Isnin, bagi mendesak Nga Kor Ming memohon maaf bukanlah satu kesalahan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata tindakan itu lebih didorong rasa tanggungjawab dalam mempertahan maruah orang Melayu dan Islam yang berasa terhina dengan kenyataan dibuat Anggota Parlimen Taiping itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.
"Tindakan itu satu contoh reaksi atas rasa tidak puas hati terhadap kenyataan dibuat Nga dan dalam hal ini tidak boleh salahkan Pemuda UMNO sebab tugas mereka mempertahankan integriti dan maruah orang Melayu yang rasa terhina.
"Saya pun rasa terhina kalau kata anak kita makan dedak. Dedak itu makanan itik dan ayam...jadi dah samakan anak-anak yang terima duit raya sama dengan itik dan ayam...itu yang kita marah," katanya.
Beliau mengulas tindakan Pemuda UMNO yang berhimpun dan mendesak Nga, yang juga Pengerusi DAP Perak, meminta maaf secara terbuka berikutan kebiadabannya memuat naik gambar serta karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ismail Sabri berkata Nga selaku pemimpin seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak kemarahan orang ramai, khasnya dalam hal pemberian duit raya yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu di negara ini.
Beliau berkata bagi orang Islam, pemberian duit raya lebih kepada sedekah, sama konsepnya dengan pemberian 'ang pau' oleh kaum Cina atau pemberian duit oleh kaum-kaum lain di Malaysia semasa menyambut perayaan masing-masing.
"Dalam hal ini, saya minta semua pihak jangan mainkan isu yang boleh mencetuskan masalah perkauman...saya setuju dengan permohonan maaf dibuat Nga, namun polis tetap perlu menjalankan siasatan berhubung kenyataannya itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, melihat andaian bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan sebuah parti baharu sebagai bukan ancaman kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mempraktikkan amalan demokrasi, Dr Mahathir bebas menubuhkan parti sendiri sebagaimana yang pernah dilakukan beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, seperti penubuhan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun ia tidak mampu menggugat UMNO.
Bernama
Wed Jul 13 2016
Ismail berkata tindakan itu lebih didorong rasa tanggungjawab dalam mempertahan maruah orang Melayu dan Islam yang berasa terhina. - Foto Fail
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.