KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Selasa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa penahanannya oleh pihak polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah untuk melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khairuddin, 59, selaku plaintif ketika membacakan penyataan saksinya berkata, penahanan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta tujuh individu lain adalah semata-mata untuk menghalangnya pergi ke Paris, Switzerland, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura bagi membantu pihak berkuasa di negara berkenaan bagi melengkapkan siasatan dan perbicaraan.
"Pendakwaan telah menggunakan peruntukan di bawah SOSMA terhadap saya antara lain menghalang kebebasan saya untuk bergerak ke luar negara bagi membantu siasatan pihak berkuasa di sana berhubung laporan polis (menyiasat mengenai isu 1MDB) yang telah saya serahkan dan bagi melindungi kleptokrasi serta salah guna kuasa bekas perdana menteri itu," katanya pada hari kedua perbicaraan kes saman Khairuddin terhadap Khalid dan tujuh individu lagi berhubung penahanan dan pendakwaannya di bawah SOSMA.
Tujuh individu itu ialah Asisten Superintendan Wan Aeidil Wan Abdullah dan Asistan Superintendan C Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan, Awang Armadajaya Awang Mahmud, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan kerajaan Malaysia.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berkata, laporan polis yang dibuat pada 12 Disember 2014 berasas dan terbukti apabila pihak berkuasa serata dunia telah menggerakkan agensi-agensinya untuk menyiasat dan menghalang daripada aset-aset negara Malaysia terus disedut keluar secara salah atau haram.
"Namun, apabila pihak-pihak berkuasa di Malaysia menjalankan siasatan, pihak-pihak ini telah disenyapkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan penukaran atau pemberhentian ketua-ketua yang terlibat, sebagai contoh Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara) yang mana tindakan itu telah membantutkan siasatan isu 1MDB.
"Selanjutnya, siasatan berhubung isu-isu 1MDB telah digantikan dengan orang-orang kepercayaan Datuk Seri Najib Razak atas pengaruh tidak wajarnya, sebagai contoh Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang antara lain membebaskan nama Najib daripada sebarang pertuduhan berhubung 1MDB.
"Walhal, Datuk Seri Najib Razak kini telah disabitkan bersalah di mahkamah berhubung isu SRC International Sdn Bhd yang mana adalah berkaitan dengan isu 1MDB," katanya.
Sementara itu, disoal Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A Dadi bahawa keseluruhan kes saman yang difailkan plaintif adalah menjurus dan berpunca daripada Najib, Khairuddin menjawab: "Tidak setuju".
Beliau bersetuju dengan Andi Razalijaya bahawa pernyataan tuntutannya dan keterangan dalam penyataan saksinya menjurus kepada Najib, namun beliau tidak menjadikan bekas perdana menteri itu sebagai defendan dalam kes saman tersebut.
Khairuddin tidak bersetuju dengan cadangan Andi Razalijaya bahawa usahanya membawa laporan polis ke negara berkenaan (Paris, Switzerland, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura) adalah untuk membuka kelemahan Malaysia kerana tidak mempercayai institusi Polis Diraja Malaysia dan mahu sabotaj perbankan dan kewangan negara.
Khairuddin yang memfailkan saman itu pada Mei 2018, mendakwa beliau telah ditahan pihak berkuasa pada 18 September 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan pada 23 September tahun sama selepas dibebaskan, plaintif ditahan semula mengikut SOSMA dan telah berada dalam tahanan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 124L akta sama atas dakwaan cuba melakukan sabotaj pada perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Secara keseluruhan, plaintif telah ditahan selama 60 hari di penjara Sungai Buloh dan pada 12 Mei 2017, mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadap plaintif dan Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Plaintif mendakwa tindakan semua defendan menahan dan mendakwanya di mahkamah dilakukan dengan niat jahat dan melanggar hak kebebasannya di bawah Perlembagaan Persekutuan selain mendakwa reputasi dan imejnya sebagai ahli politik telah terjejas.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon bersambung pada Rabu.
- Bernama
Bernama
Tue Apr 27 2021
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib. - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.