Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kumpulan pelaku jenayah rasuah di agensi kerajaan mahupun korporat bukan bertujuan menjatuhkan sesebuah organisasi.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Isahak Yeop Mohamad Sahar berkata tindakan SPRM itu adalah untuk meletakkan kebenaran, keadilan dan ketelusan bagi memastikan urus tadbir yang lebih baik pada masa akan datang.
"Saya kira apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ini adalah amat baik terutama dalam konteks membanteras rasuah baik di peringkat individu, sindiket atau organisasi yang lebih besar.
"Tindakan SPRM sebenarnya pada saya menyeluruh, bukan sahaja jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), tetapi individu dan jabatan lain diberi perhatian sama rata, sama berat. Cuma fokus sekarang ini, dalam jadual tugas mereka masa ini, KDN merupakan tempat mereka bergerak.
"Saya kira tentunya mereka mempunyai jadual untuk pergi ke jabatan lain bukan bertujuan untuk meletakkan imej jabatan berkenaan di bawah, tetapi semata-mata untuk meletakkan kebenaran, keadilan dan ketelusan dalam pengurusan korporat atau jabatan," katanya.
Beliau berkata kepada Astro AWANI selepas menjadi salah seorang panel pada Breakfast Talk Integriti: Integriti Jaminan Kelestarian Pengurusan Tadbir Urus Korporat Berkualiti Tinggi di Menara Felda di sini hari ini.
Tegasnya, jika tiada tindakan diambil, nama sesebuah organisasi akan terus tercalar sekali gus memberi impak negatif kepada negara.
"Kita boleh beri pandangan, fikiran yang bernas serta yang boleh bantu Kerajaan untuk membanteras perlakuan-perlakuan yang tidak sesuai terutama di sektor awam kerana tanpa tindakan-tindakan seperti ini, imej kita akan lebih teruk terutama pandangan orang luar terhadap negara kita akan terus tercalar.
"Justeru, untuk membetulkan itu tindakan harus diambil di mana rakyat harus bersama dengan Kerajaan bagi tindakan-tindakan seperti ini kerana tindakan-tindakan seperti ini hanya untuk kebaikan bersama rakyat dan negara," jelasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Fri May 26 2017
Isahak berkata, tindakan SPRM itu adalah untuk meletakkan kebenaran, keadilan dan ketelusan bagi memastikan urus tadbir yang lebih baik pada masa akan datang. - Foto Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tindakan SPRM bukan runtuhkan organisasi - Isahak Yeop Sahar
Tegasnya, jika tiada tindakan diambil, nama sesebuah organisasi akan terus tercalar sekali gus memberi impak negatif kepada negara.