Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil tindakan tatatertib ke atas seorang penuntut lelaki kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, Dr Mohd Zahuri Khairani.
Beliau berkata perbicaraan dan pendakwaan yang dijalankan terhadap pelajar itu adalah berdasarkan laporan yang diterima dan bukan hasil maklumat daripada media sosial.
"Kes ini akan diselesaikan secepat mungkin berdasarkan pertuduhan, bukti dan saksi selain mahu mengelak unsur-unsur penganiayaan jika hanya berdasarkan maklumat media sosial yang belum diketahui kesahihannya," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun Mohd Zahuri menjelaskan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap pelajar itu adalah berdasarkan tuduhan yang dilakukannya pada tahun ini.
Beliau berkata kes sebelum ini diserahkan kepada pihak polis dan tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa berkenaan.
Pelajar lelaki itu didakwa merakam gambar pelajar wanita berkenaan di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit dan mengugut akan menyebarkan gambar mangsa sekiranya perbuatan tersebut dilaporkan kepada pihak universiti.
Perbuatan itu turut menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Pelajar lelaki itu didakwa merakam gambar pelajar wanita berkenaan di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit dan mengugut akan menyebarkan gambar mangsa. - Gambar hiasan
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Tindakan tatatertib terhadap pelajar rakam gambar pelajar wanita dalam tandas - UPSI
Perbicaraan dan pendakwaan yang dijalankan terhadap pelajar itu adalah berdasarkan laporan yang diterima dan bukan hasil maklumat daripada media sosial.