awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teo luang masa sertai Klinik Larian Menara bersama jaguh negara

Bernama
Bernama
25/07/2025
03:50 MYT
Teo luang masa sertai Klinik Larian Menara bersama jaguh negara
Teo Nie Ching berswafoto bersama jaguh larian menara negara, Soh Wai Ching selepas memanjat tingkat 37 Menara Komunikasi pada program Klinik Memanjat Tangga, hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hari ini menyertai program Klinik Larian Menara bersama jaguh larian menara negara, Soh Wai Ching dengan mendaki 828 anak tangga bermula dari lobi Kementerian Komunikasi di sini hingga ke Pejabat Menteri Komunikasi di aras 37.
Teo bersama Wai Ching berjaya melengkapkan pendakian anak tangga tersebut dalam masa sembilan minit 26 saat.
Program yang bermula 8 pagi itu turut disertai Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib dan 50 warga kementerian berkenaan yang bersama-sama menyahut cabaran melakukan aktiviti sihat.
Usai melengkapkan pendakian 828 anak tangga, Teo mengajak semua rakyat negara ini untuk mengikut jejak langkah Wai Ching mengamalkan aktiviti sihat demi kesihatan yang baik.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wai Ching yang memegang rekod pelari menara nombor satu dunia dan berharap beliau terus membanggakan Malaysia di pentas dunia.
Sementara itu, Wai Ching menzahirkan ucapan penghargaan kepada Teo kerana meluangkan masa menyertai program tersebut.
"Saya ucapkan syabas kepada Teo kerana berjaya menaiki 828 anak tangga dalam masa tak sampai 10 minit. Dia memang laju dan cergas," katanya.
Wai Ching, 31, anak kelahiran Selayang, Selangor merupakan pendaki menara nombor satu dunia ketika ini dan pernah memenangi perlumbaan mendaki Menara Hangzhou di China pada 2024 dengan melengkapi pendakian 1,647 anak tangga setinggi 60 tingkat dalam masa masa lapan minit 22 saat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klinik Larian Menara
#Teo Nie Ching
#Soh Wai Ching
#828 anak tangga
#bangunan Kementerian Komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan