DUNIA
Ketua PBB gesa Thailand, Kemboja ambil tindakan berhemah

Guterres (foto) menggesa Thailand dan Kemboja supaya menahan diri sepenuhnya dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog dalam semangat kejiranan yang baik. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa Thailand dan Kemboja supaya menahan diri sepenuhnya, kata seorang jurucakap PBB pada Khamis, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa Thailand dan Kemboja supaya menahan diri sepenuhnya dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog dalam semangat kejiranan yang baik.
- Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran bersenjata yang berlaku di sempadan kedua-dua negara sejak Khamis.
- Ketegangan semakin memuncak dengan kedua-dua pihak saling menuduh, dan Kemboja telah meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar berhubung isu tersebut.
Keadaan di sempadan Thailand-Kemboja bertambah tegang susulan pertempuran pada Khamis.
Kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain susulan situasi yang semakin meruncing itu dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara itu.
--BERNAMA-XINHUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami