Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan menyarankan tindakan tegas perlu dilakukan oleh semua agensi penguat kuasa di sempadan Kelantan-Thailand bagi membanteras aktiviti penyeludupan secara total.
Pengerusinya Datuk Abd Aziz Nawi berkata penguatkuasaan itu termasuk mengetatkan kawalan di beberapa laluan masuk ke Kelantan dari kawasan sempadan tersebut.
"Soal keselamatan ini tidak boleh dikompromi...apa lagi sehingga mengorbankan nyawa anggota penguat kuasa. Aktiviti penyeludupan perlu ditangani secara tegas agar penyeludup tidak berani untuk melakukan aktiviti haram itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Abd Aziz mengulas kejadian pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Anisah Ali, 54, yang koma sejak Jumaat lalu selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua rakannya dirempuh kenderaan tonto di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, meninggal dunia pukul 11.15 malam Sabtu.
Kenderaan JKDM itu dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto ketika tiga pegawai kastam terbabit sedang mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup.
Abd Aziz berkata perhatian serius juga patut difokuskan kepada laluan masuk di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan-Thailand, melalui kerjasama agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab di sempadan selain memperkasa kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand.
Beliau berkata tindakan juga patut dikenakan kepada mereka yang melindungi atau bersekongkol dengan penyeludup.
"Kita faham hubungan rapat penduduk di negeri ini dengan penduduk di wilayah selatan Thailand terjalin sejak sekian lama sehingga menjadikan aktiviti menyeludup seolah-olah satu budaya.
"Namun kelonggaran dari aspek penguatkuasaan akan menyuburkan lagi aktiviti sebegini sehingga wujud pula samseng atau tonto yang bertindak ganas sehingga mengorbankan nyawa," katanya.
Sementara itu, penduduk yang tinggal di kawasan sempadan tersebut termasuk Pengkalan Kubor, Tumpat menghargai usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan aktiviti penyeludupan.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berkata langkah pencegahan yang lebih berstrategi mungkin boleh diaplikasikan pihak penguat kuasa dalam menangani isu tersebut.
"Kita hargai peranan yang dimainkan oleh penguat kuasa di sempadan namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan," katanya.
Mat Razi berkata penduduk di sekitar kawasan sempadan itu mungkin berdepan ancaman sama dan langkah berhati-hati perlu dilakukan bagi mengelak kejadian sama berulang.
Sementara itu, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan menyarankan masyarakat di negeri ini, proaktif menyalurkan maklumat kepada pihak penguat kuasa berkaitan aktiviti penyeludupan supaya dapat dibanteras dengan lebih berkesan.
Komander Aksem Kelantan Mohd Asri Yahya berkata pihaknya akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras penyeludupan dan tonto kerana kegiatan tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara.
Mohd Asri berkata pihaknya juga sentiasa mengingatkan anggotanya supaya berwaspada dengan ancaman daripada kumpulan tonto yang boleh bertindak ganas.
"Mereka (tonto) mendapat upah yang lumayan daripada kumpulan penyeludup, oleh itu mereka berani bertindak ganas," katanya yang percaya tonto turut memiliki senjata api.
Beliau berkata kebiasaannya kegiatan tonto berkenaan bergerak secara berkumpulan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Mereka berkonvoi dua atau tiga kenderaan dan antara kenderaan tersebut ada yang membawa barangan seludup," katanya.
Beliau berkata tonto yang menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas boleh dikenakan tidakan mengikut Seksyen 136 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman penalti kerana kesalahan mengganggu tugas penjawat awam.
"Jika sabit kesalahan pertama, tiga tahun penjara dan denda RM10,000 manakala kesalahan kedua, penjara tidak melebihi lima tahun serta denda RM20,000," katanya.
Bernama
Tue Oct 11 2016
Abd Aziz mengulas kejadian pegawai kanan wanita JKDM, Anisah Ali, 54, yang meninggal dunia akibat kenderaan yang dinaikinya dirempuh tonto. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Tindakan tegas banteras tonto dan penyeludupan secara total - MCPF
Pengerusinya Datuk Abd Aziz Nawi berkata penguatkuasaan itu termasuk mengetatkan kawalan di beberapa laluan masuk ke Kelantan dari kawasan sempadan tersebut.