KUALA LUMPUR: Tindakan tegas secara bersepadu bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) khususnya di media sosial akan dilaksanakan dengan segera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Task Force Menangani LGBT hari ini, sebagai komitmen kerajaan dalam menangani masalah itu.
Tindakan tersebut antara lain ialah mengenal pasti kekangan yang dihadapi pihak penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu serta mencadangkan pindaan Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri.
"Ia bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mana-mana orang Islam yang menghina agama Islam dan melakukan kesalahan jenayah syariah lain dengan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, antara tindakan lain ialah menghasilkan satu prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan berkaitan penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT.
Mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Ahmad Marzuk itu diurussetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan turut melibatkan beberapa agensi termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.
Ahmad Marzuk berkata mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan undang-undang terhadap perbuatan menghina agama melalui promosi gaya hidup LGBT di media sosial.
"Sebagaimana yang kita sedia maklum, bulan Jun dianggap sebagai Gay Pride Month apabila gerakan LGBT di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, mempromosi gaya hidup mereka secara terbuka sama ada melalui perarakan atau media massa termasuk media sosial.
"Justeru, kami mendapati ada pihak tertentu yang memuat naik status dan grafik yang menghina agama Islam di media sosial tertentu dalam usaha mereka mempromosi gaya hidup LGBT yang tiada tapisan terhadap kandungan video berkaitan hubungan sejenis itu, malah ia giat disebarkan," katanya.
Ahmad Marzuk turut mendakwa kumpulan aktivis LGBT bersikap dwistandard kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka.
"Pengantunan seksual ataupun sexual grooming terhadap kanak-kanak di bawah umur yang didakwa telah dilakukan oleh seorang transgender di media sosial beliau, yang mungkin boleh menjurus kepada perlakuan pedofilia, tidak pula diperjuangkan oleh kumpulan aktivis LGBT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Ahmad Marzuk turut mendakwa kumpulan aktivis LGBT bersikap dwistandard kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Tindakan tegas sewajarnya akan diambil terhadap portal salah lapor titah Sultan Pahang - Fahmi
Fahmi berkata, siasatan terperinci dan tindakan tegas yang sewajarnya akan diambil terhadap portal berkenaan.
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
KPKT batal 26,108 lesen peniaga kerana langgar syarat
PBT tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran yang jelas terhadap syarat lesen yang dikeluarkan.
Majikan abai 93 pekerja Bangladesh berdepan tindakan tegas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibaw
Tindakan tegas terhadap penjaja eksploitasi tapak bazar Ramadan
Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Cuepacs mahu tindakan tegas diambil terhadap dalang fitnah KSN
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata ini kerana fitnah yang tular di media sosial boleh memberi implikasi negatif terhadap institusi perkhidmatan awam dan menjejaskan kepercayaan kepada kerajaan.
Proses, edar ketum: Empat anggota polis ditahan kerja
Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kegiatan anggota berkenaan.
Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas
Jemaah menteri juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak cuba untuk menghasut rakyat membuat tindakan yang melanggar undang-undang.
Kenakan tindakan tegas terhadap syarikat gagal sediakan pekerjaan untuk buruh asing - Johari
Terdapat kemungkinan bahawa sesetengah syarikat memohon kuota pekerja asing tanpa mempunyai sebarang pekerjaan.