KUALA LUMPUR: Sebanyak 41 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Johan Setia (187), Shah Alam (175), Petaling Jaya (169), Klang (167), Banting (166) dan Kuala Selangor (164).
Di Kuala Lumpur, bacaan tidak sihat direkodkan di Cheras (179) dan Batu Muda (172), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (177), Seremban (175) dan Port Dickson (160), serta Putrajaya (176).
Di Pulau Pinang, sebanyak empat kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Minden (166), Balik Pulau (164), Seberang Jaya (162) dan Seberang Perai (160).
Sementara itu, Perak mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat di Seri Manjung (166), Tanjung Malim (164), Tasek Ipoh (162), Taiping (159) dan Pegoh Ipoh (143).
Tiga kawasan di Melaka turut mencatat tahap bacaan IPU tidak sihat iaitu Bukit Rambai (164), Alor Gajah (160) dan Bandaraya Melaka (153), manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (164), Kemaman (154) dan Paka (151).
Di Pahang, bacaan IPU sama direkodkan di Temerloh (163), Jerantut (162), Indera Mahkota, Kuantan (157), Balok Baru, Kuantan (154) dan Rompin (119).
Di Johor, bacaan tidak sihat melibatkan Tangkak (159), Pasir Gudang (152), Batu Pahat (151), Kluang (125) dan Segamat (107), manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (157), Kulim Hi-Tech (155), Alor Setar (119), serta satu kawasan di Kelantan iaitu Tanah Merah (152).
Selain itu, sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana antaranya Sarawak iaitu di Kuching (73), Sibu (66), IPD Serian (66), Samarahan (65), Bintulu (59), Sri Aman (55), Miri (54), manakala Sabah melibatkan Tawau (79), Politeknik Kota Kinabalu (71) dan Keningau (56).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA