awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap individu buat panggilan, ancaman palsu - KPN

Bernama
Bernama
29/01/2016
06:45 MYT
Tindakan tegas terhadap individu buat panggilan, ancaman palsu - KPN
KHALID: Panggilan-panggilan seperti ini bukanlah sesuatu bahan jenaka. - Gambar fail
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak tertentu yang cuba mencetuskan keresahan dengan menyebar maklumat dan membuat ancaman palsu menerusi panggilan telefon.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan suasana panik kepada orang awam.
"Panggilan-panggilan seperti ini bukanlah sesuatu bahan jenaka yang boleh dibuat main kerana ia merupakan perkara yang serius.
"Kami memandang berat setiap panggilan atau ancaman yang diterima walaupun ia panggilan palsu sekalipun," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Op Selamat 8/2016 sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh dekat sini, hari ini.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden ancaman bom yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah panggilan palsu yang diterima polis sehingga kini, namun berkata keadaan masih terkawal.
Sebelum ini, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamed Fuzi Harun berkata polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan mereka yang membuat panggilan dan ancaman palsu.
Topic Berkaitan
#ancaman pengganas
#bom
#Khalid Abu Bakar
#panggilan palsu
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan