awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap penjaja eksploitasi tapak bazar Ramadan

Bernama
Bernama
25/02/2024
21:20 MYT
Tindakan tegas terhadap penjaja eksploitasi tapak bazar Ramadan
Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan bahawa tapak bazar Ramadan pada tahun-tahun sebelum ini dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menyewakan tapak itu dengan kadar bayaran lebih tinggi kepada peniaga lain.
"Kita telah maklumkan kepada penguat kuasa DBKL bahawa kita perlu lebih tegas untuk tahun ini. Sekiranya kita dapati ada penjaja yang dapat (tapak) dan sewakan kepada orang lain, kita terus rampas lesen itu dan tidak dibenarkan berniaga selama-lamanya oleh DBKL," katanya ketika ditemui selepas program Sumbangan Back To School di Institut Latihan DBKL di sini pada Ahad.
Azman berkata meskipun isu terbabit dilihat mencabar untuk ditangani, DBKL mempunyai pasukan petugas untuk melaksanakan penguatkuasaan membabitkan kesalahan itu.
"Hal ini kerana kita tidak boleh kenal pasti mereka (yang menyewakan tapak dan menjual lesen) kerana walaupun mereka sudah sewakan (tapak) kepada orang lain, apabila ditangkap orang itu maklumkan dia bekerja dengan pelesen berkenaan.
"Jadi, itu antara masalah yang dihadapi. Tetapi kita cuba untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjaja
#tapak bazar Ramadan
#tindakan tegas
#Azman Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan