Lembaga Disiplin UMNO hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota parti yang melanggar tataetika UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.
Pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata pihaknya telah menerima aduan berkaitan pelanggaran tataetika itu dan siasatan akan dibuat dengan teliti berdasarkan merit kes.
"Aduan yang diterima merangkumi pelanggaran yang dibuat oleh calon yang bertanding bagi jawatan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan bahagian serta dalam pemilihan sayap-sayap parti di peringkat bahagian dan pusat pada 12 Okt lalu," katanya.
Pemilihan peringkat bahagian dan MT akan berlangsung esok.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan akan diteruskan sekiranya Lembaga Disiplin menerima aduan dalam masa enam bulan selepas tamat proses pemilihan Umno di peringkat bahagian.
Selain itu, beliau juga memaklumkan 51 anggota UMNO telah dipanggil di hadapan panel Tribunal Lembaga Disiplin berhubung kes sabotaj parti pada pilihan raya umum ke-13.
Daripada jumlah itu, 28 didapati bersalah dan digantung hak mereka di dalam parti selaras Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
"Lima anggota telah disyorkan kepada MT untuk dipecat kerana kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan boleh menjejaskan nama baik dan reputasi parti," kata Tengku Ahmad Rithauddeen.
Menurutnya, 12 yang lain didapati bersalah dan diberi amaran, manakala enam lagi didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
Beliau menegaskan tindakan yang diambil Lembaga Disiplin adalah berdasarkan laporan yang dibuat anggota UMNO dan badan itu menjalankan tugas tanpa gentar atau pilih kasih.
Bernama
Fri Oct 18 2013
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Tindakan tegas untuk anggota langgar tataetika UMNO
Lembaga Disiplin UMNO hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota parti yang melanggar tataetika UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.