awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili diputuskan dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
12/08/2013
12:46 MYT
Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili diputuskan dalam masa terdekat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor akan memutuskan tindakan dalam tempoh terdekat terhadap pengusaha sebuah resort di Sedili Besar, di sini, yang membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain.
Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata keputusan itu akan dibuat selepas siasatan terperinci dilakukan pihaknya mengikut Seksyen 7(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
"Berdasarkan pemantauan dan tinjauan terhadap surau itu kita dapati ada keraguan dari segi reka bentuknya. Kedudukan arah kiblat juga tersasar dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Masjidil Haram," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat surau itu di resort berkenaan yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura menggunakan surau itu bagi melakukan meditasi.
Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noor Azam Osman.
Justeru, Mohd Tahrir turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak memperlekehkan kesucian agama Islam.
Topic Berkaitan
#fatwa
#Johor
#Sedili
#tokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan