awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI

Bernama
Bernama
19/02/2025
03:30 MYT
Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga tempatan di bazar Ramadan sekiranya didapati menyewakan atau 'menjual' tapak jualan mereka kepada peniaga warga asing.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata sekiranya ada peniaga mengalibabakan lesen atau permit kepada warga asing, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mereka.
"Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.
"Harga sewa ialah RM570 untuk setiap petak termasuk permit dan khemah," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan pemain industri pelancongan dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI di sini malam tadi.
Beliau berkata sebelum ini pihaknya ada menerima maklumat berkaitan terdapat peniaga warga asing menggunakan lesen peniaga tempatan untuk berniaga di bazar Ramadan.
"Mereka ini (warga asing) biasanya akan mengaku sebagai pekerja sahaja ketika disoal, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#warga asing
#MPKB-BRI
#tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan