Tindakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang gemar membuat retorik serta kenyataan politik membuatkan rakyat semakin hilang rasa hormat kepada institusi raja-raja Melayu.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, kadangkala ada kenyataan Tunku Ismail agak bertentangan dengan Perlembagaan yang berteraskan kepada Institusi Raja Berperlembagaan.
"Sekiranya Tengku Mahkota Johor rasa mempunyai asas baik untuk berpolitik, maka ikutlah cara Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa kerabat lain yang mencemar duli untuk membabitkan diri dalam arena politik secara aktif.
"Kalau gemar cakap politik, ceburilah bidang politik secara sepenuh masa. Ini baru betul dan adil agar rakyat boleh mengkritik apa saja kenyataannya yang tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
BACA: Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi? - TMJ
BACA: Statut Rom: Syed Saddiq pertahan Tun Mahathir
Terbaharu, Tunku Ismail terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa, selepas kerajaan Malaysia menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, Tunku Ismail menggunakan hujah keberkesanan perjanjian antarabangsa yang dipersetujui banyak negara namun kekejaman berterusan masih dialami rakyat Palestin.
Dalam pada itu Khairuddin yakin, rakyat akan lebih menghormati Tunku Ismail seandainya Tunku Mahkota Johor itu mengumumkan untuk membabitkan diri secara sepenuh masa dalam politik.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairuddin berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus bersikap tegas ke atas sebarang keputusan yang dibuat demi kepentingan keadilan negara serta sejagat.
"Jangan sama sekali tunduk pada desakan kalangan mereka yang suka membuat tuduhan tidak berasas.
"Hakikatnya, mereka juga sangat hipokrit, tidak sempurna tetapi cuba mempamerkan imej baik.
"Kadangkala mereka juga tidak menghormati undang-undang. Secara jujur, saya amat kecewa dengan sikap kompromi kerajaan PH secara tidak bertempat ini," katanya.
Jelasnya, isi kandungan Statut Rom perlu dikaji untuk keadilan di negara ini serta seluruh dunia.
"Perkara-perkara yang baik harus disokong dan dilaksanakan secara tegas. Jangan terlalu gemar dan mudah membuat 'U Turn' dari perkara-perkara untuk kebaikan negara dan sejagat
"Kenapa kerajaan PH harus tunduk kepada tekanan yang tidak berasas? Saya cukup tidak faham. Jangan takut pada gertakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Apakah kita harus bersikap bacul dan tunduk pada tekanan yang tidak berasas sama sekali?" soalnya.
Kata Khairuddin lagi, prinsip untuk menjaga kepentingan keadilan negara serta dunia tidak harus dikompromi sama sekali seandainya dia berada di tempat Menteri Luar.
"Seperti kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, langkah mayatnya dahulu sebelum mahu singkirkan Dr Mahathir, prinsip demokrasi harus dipegang secara utuh oleh semua pihak.
"Jangan pandai bercakap saja, jangan cakap lain dan buat lain di belakang," ujarnya lagi.
Kerajaan sebelum ini memutuskan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom ICC yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja.
Astro Awani
Sat Apr 06 2019
KHAIRUDDIN: Tunku Ismail harus turun dari tahkta serta jangan berselindung di sebalik kedudukannya untuk campur tangan dalam politik. - Gambar AWANI / SHAHIR OMAR
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.