Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk mengkaji semula kaedah peta persempadanan semula untuk meningkatkan akses dan penyertaan pengundi.

Masyarakat perlu mempunyai akses yang lebih mudah untuk melihat peta kawasan pilihan raya agar maklum balas dan bantahan boleh dilakukan pada tempoh ‘bantahan’ dalam masa 30 hari, di bawah undang-undang sedia ada, kata kumpulan masyarakat sivil.

Pada masa ini, SPR akan mengumumkan peta yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh kajian semula itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peta-peta baharu itu akan disiarkan di pejabat kerajaan negeri atau parlimen kawasan itu.

Dalam tempoh 30 hari, orang ramai boleh membantah sempadan yang dicadangkan oleh SPR, disusuli dengan siasatan apabila ia menerima bantahan daripada 100 atau lebih pengundi daripada kawasan parlimen itu.

"Pada masa lalu, cadangan kawasan oleh SPR menerima sedikit atau tiada langsung perhatian orang ramai selain bantahan daripada parti-parti pembangkang," kata Penganalisis persempadanan Tindak Malaysia Ng Chak Ngoon pada sidang akhbar yang bertujuan untuk membincangkan panggilan kumpulan itu untuk mendesak SPR menunaikan janji bagi memastikan proses pilihan raya yang telus dan adil.

"SPR boleh menolak permohonan ini sebagai tidak sah atas alasan bahawa ia dilakukan tanpa peta - untuk menunjukkan bagaimana kawasan pilihan raya boleh ditakrifkan secara berbeza," kata beliau.

Kumpulan masyarakat sivil seperti Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Bersih 2.0 juga mempunyai sentimen sama dengan Tindak Malaysia.

"Kami tidak percaya pada SPR untuk menjadi telus dalam proses persempadanan semula itu. Kami tidak tahu apabila amalan itu bermula, "kata Ketua Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.

Sekretariat Proham Rama Ramanathan mengambil isu dakwat kekal pada pilihan raya 2008 sebagai contoh dan mempersoalkan jika tindakan telah diambil berkaitan perkara itu. (Pada tahun 2008, SPR telah merancang untuk menggunakan dakwat kekal tetapi membatalkannya tiga hari sebelum hari mengundi atas masalah keselamatan dan ketenteraman awam.)

"SPR seolah-olah hanya menolak isu itu seperti tidak penting," kata Ramanathan.

Saranan Tindak dibahagikan kepada beberapa cadangan termasuk paparan dalam talian peta yang dicadangkan, jadual, akses dokumen, paparan fizikal dan kaedah paparan.

Peta yang dicadangkan hendaklah disediakan dalam talian segera setelah ia diumumkan oleh SPR.

Untuk Ketelusan, SPR harus menetapkan garis masa proses persempadanan semula untuk orang ramai mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar sebagai pembantah dan mengajukan cadangan untuk persempadanan yang lebih adil raya.

Paparan fizikal semua cadangan persempadanan semula di ibu pejabat SPR di Putrajaya untuk melihat atau dibeli dengan caj nominal adalah antara sebahagian daripada cadangan.

Tindak turut mengambil inisiatif membangunkan perisian untuk mencepatkan analisa kawasan parlimen yang dicadangankan SPR dan untuk menghasilkan peta yang menggambarkan pengagihan pengundi yang adil bagi kawasan pilihan raya.

Perisian ini boleh didapati di laman web Tindak.

Tindak Malaysia
(dari kiri) Pengasas Tindak Malaysia PY Wong, sekretariat Proham Rama Ramanathan, penganalisis Tindak Malaysia Kenny Khoo dan Ng Chak NGOON dan Ketua jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di Majlis Peguam, 7 November 2014.

Kumpulan itu berkata bahawa di bawah persempadanan semula ini, terdapat beberapa kawasan pilihan raya kelihatan sangat besar manakala yang lain agak kecil.

Ketidakseimbangan ini juga telah membawa kepada keputusan pilihan raya yang mungkin tidak mewakili suara pengundi pada pilihan raya lalu.

"Ambil kawasan Selangor misalnya, semasa PRU13 terdapat lebih daripada 144,000 pengundi berdaftar di kawasan Kapar, dan ia melebihi gabungan 123,000 pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang."

"Dalam pilihan raya umum yang sama, Barisan Nasional (BN) dengan hanya 47,38 peratus undi popular masih boleh memenangi 60 peratus daripada kerusi di Parlimen."

"Jika ia berterusan, BN akan tetap membentuk kerajaan walaupun dengan 45 peratus atau 35 peratus daripada undi popular," kumpulan itu menegaskan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dijangka mewartakan notis untuk persempadanan semula yang lama tertunda pada akhir tahun ini yang sepatutnya dilakukan pada 2011.

Persempadanan semula terakhir dibuat oleh SPR pada Mac 2003.