awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat keupayaan perubatan di pintu masuk negara

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2023
01:20 MYT
Tingkat keupayaan perubatan di pintu masuk negara
Dr Sazaly berkata, trend peningkatan COVID-19 pada akhir tahun mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya cuaca dan cuti sekolah. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan disaran meningkatkan keupayaan perubatan di setiap pintu masuk negara bagi mengesan dan mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penyediaan makmal perubatan di pintu masuk negara dilihat membantu ujian pengesanan penyakit tersebut dijalankan dengan cepat.
“Sekiranya kita berjaya mengesan penyakit COVID-19 dengan pantas maka kita boleh cepat merawat dan menyekat ia daripada merebak.
“Yang penting keupayaan makmal yang disediakan di pintu masuk itu mesti dipertingkatkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Dalam pada itu, ujar Dr Sazaly, trend peningkatan COVID-19 yang dilihat berlaku pada akhir tahun berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor.
“Faktor cuaca dan cuti sekolah juga boleh mendorong kepada peningkatan jangkitan COVID-19 di negara ini.
“Kebanyakan mereka berada di satu tempat yang tidak ada peredaran udara baik hingga memudahkan kita turut terdedah dengan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan yang lain seperti influenza-A, influenza-B dan rhinovirus,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, simptom jangkitan COVID-19 berkemungkinan tidak kritikal seperti sebelum ini memandangkan orang ramai telah menerima vaksin yang membolehkan sistem imunisasi badan dapat melawan COVID-19.
“Namun bagi mereka yang ada komorbiditi (menghidap dua atau lebih penyakit serentak seperti kencing manis, sakit jantung, asma dan masalah buah pinggang kronik) walaupun telah mendapat vaksin tetapi mereka tetap terdedah risiko kerana imuniti badan tidak kuat seperti orang lain,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pintu masuk negara
#keupayaan perubatan
#Dr Sazaly Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan