KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang berpandangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat pasca pandemik COVID-19.
Semasa sesi perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula menyifatkan RMK-12 sebagai "ibu segala perancangan" kepada pemulihan daripada impak penularan COVID-19 yang perlu digarap secara lengkap dan menyeluruh.
Katanya kerajaan perlu menukar pendekatan atas ke bawah kepada bawah ke atas iaitu mengambil kira pandangan rakyat dalam menyediakan usaha pemulihan yang sejajar dengan tema RMK-12 iaitu Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan.
"Kita tidak boleh lagi Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) tahu dan lihat semua , Putrajaya tahu segalanya... perlu setiap Ahli Parlimen mainkan peranan masing-masing tidak mengira parti untuk bantu kerajaan selesaikan perancangan pemulihan bencana.
"Jangan kita terlalu ghairah dalam pembangunan fizikal sehingga kita lupa golongan rentan yang memerlukan bantuan," katanya.
Sementara itu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) berpendapat data mengenai penurunan kelas pendapatan daripada M40 kepada B40 perlu diperhalusi dengan lebih terperinci dengan pendekatan mikro bagi memahami keadaan yang ditanggung isi rumah M40 berikutan pandemik COVID-19.
Beliau mencadangkan kerajaan agar mengkaji dengan lebih terperinci mengenai komposisi serta profil isi rumah yang terjejas meliputi lokasi tempat tinggal, profil pekerjaan dan komitmen yang ditanggung.
"... ini bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih bersasar dan mampu membuat penilaian yang lebih tepat terhadap jenis dan bentuk bantuan yang diberikan," katanya.
Dalam usaha membantu usahawan bumiputera B40 pula, beliau mencadangkan lebih banyak bantuan dalam bentuk geran diberikan berbanding dalam bentuk pembiayaan atau pinjaman kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mahu memohon pinjaman atau pembiayaan berikutan tidak mampu membayar pinjaman yang ditawarkan.
Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) pula berkata kerajaan perlu berusaha meningkatkan keselamatan persaraan rakyat dengan memastikan caruman masa depan mereka mencukupi.
Ini termasuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan tetap kerana kebanyakan rakyat berhadapan dengan ketidakcukupan simpanan persaraan disebabkan pendapatan mereka yang tidak stabil.
"Kita perlu fikir apakah dasar ekonomi untuk pesara Malaysia, bagaimana mereka boleh mengurangkan retirement crisis (krisis persaraan) kerana angka warga emas di negara ini semakin meningkat dan dengan simpanan persaraan yang kurang bagaimana mereka mahu survive (meneruskan kehidupan)," katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) pula mahu kerajaan mengambil serius isu pembukaan sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat sekiranya pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan secara sempurna.
Beliau berkata Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) menganggarkan 1.6 bilion pelajar dalam 190 negara seluruh dunia, tidak dapat hadir ke sekolah akibat pandemik dan perkara itu akan menyebabkan implikasi serius.
"Sebelum pandemik pun ada pelajar yang naik sampai darjah enam tetapi tidak boleh membaca dan pandemik COVID-19 (yang menyebabkan ramai pelajar tidak dapat hadir ke sekolah) boleh menambah golongan itu," katanya.
Dr Wan Azizah berkata peningkatan murid yang tidak boleh membaca akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan mereka selain kualiti dan produktiviti negara pada masa hadapan.
Persidangan dewan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021
Setiap Ahli Parlimen, tanpa mengira parti, perlu mainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan menyelesaikan perancangan pemulihan bencana, kata Azalina. - Gambar fail
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi
Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.
Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.
Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.
PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.
Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.
Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.
RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.