awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan semangat ahli keluarga dengan kaedah yang tepat

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2014
12:00 MYT
Tingkatkan semangat ahli keluarga dengan kaedah yang tepat
Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 tentu sekali sedang melalui saat genting.
Namun untuk meningkatkan semangat mereka, kaedah yang tepat diperlukan ketika berkomunikasi bersama mereka.
"Sebagai contoh, perkataan 'sabar' bagus namun dalam krisis ini, elakkan penggunaan perkataan ini. Ia tidak sesuai dan boleh menyakitkan orang itu. Ia boleh merendahkan semangat mereka. Niat kita baik namun boleh membawa kesan negatif. Ia sama juga dengan perkataan 'kasihan'," kata Ketua Malaysian Crisis Intervention Team Dr Abdul Jalil Hassan ketika Buletin Awai Khas bersama Suhaimi Sulaiman.
Tambah beliau, ramai orang suka atau ingin sekali membantu ahli keluarga penumpang MH370, namun mereka perlu bertanyakan apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu.
"Tanya soalan ini: 'Apa yang boleh saya bantu? Apa yang saya boleh lakukan untuk membantu anda?' tambah Dr Abdul Jalil.
Beliau juga berkata ledakan maklumat media arus perdana dan media sosial banyak menjejaskan emosi ahli keluarga.
"Saya minta masyarakat umum jangan membuat andaian atau teori sendiri. Benar atau tidak, ia masih belum disahkan pihak berkuasa. Ahli keluarga yang akan menanggung sebarang tekanan," kata beliau.
Topic Berkaitan
##MH370
##PrayForMH370
#Boeing
#Dr Abdul Jalil Hassan
#Malaysia Airlines
#Malaysian Crisis Intervention Team
#MAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan