awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan Bajet 2014: Perkukuh daya tarikan pelancongan Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2013
00:00 MYT
Tinjauan Bajet 2014: Perkukuh daya tarikan pelancongan Malaysia
Apakah yang diperlukan untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia supaya negara ini menjadi destinasi pilihan pelancong seluruh dunia?
Satu tinjauan laman portal AstroAWANI.com menunjukkan kebanyakan pembaca membuat keputusan destinasi percutian atas alasan “tarikan dan aktiviti di destinasi tersebut” serta "pakej yang murah".
Untuk soalan mengenai faktor untuk melancong dalam Malaysia, pembaca memilih dua kriteria yang agak sama juga, iaitu "lokasi yang cantik dan menarik" serta "bajet yang murah".
Nampaknya, aspek-aspek tersebut adalah perkara yang dilihat perlu ditambahbaik dalam Bajet 2014 nanti.
Undian online ini adalah sebahagian daripada kajian mingguan Astro AWANI mengenai beberapa topik untuk Bajet 2014 yang bakal dibentangkan hari ini (Jumaat).
Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
Sebanyak RM358 juta juga diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah memohon RM300 juta lagi untuk memperkasakan lagi industri pelancongan.
Malaysia mensasarkan pertumbuhan 7.1% jumlah ketibaan pelancong tahun ini, iaitu 28 juta orang berbanding 26.8 juta orang tahun lepas. Ini dijangka akan menjana RM76 bil dari kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Pada Bajet 2014 juga kerajaan dijangka menumpukan kepada usaha pengecualian cukai, pembiayaan yang ditingkatkan serta kempen pelancongan yang diperluaskan.
Undian Online
Membuat keputusan destinasi percutian
Bajet 2014
Yang menarik untuk bercuti di dalam Malaysia
Topic Berkaitan
#bajet
#Bajet 2014
#Belanjawan
#budget
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan