awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan MAS berkaitan ubah pakaian ikonik kebaya cetus kritikan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/01/2023
23:15 MYT
Tinjauan MAS berkaitan ubah pakaian ikonik kebaya cetus kritikan
Kebanyakan yang memberi pendapat mahu Malaysia Airlines mengekalkan imej batik dan kebaya kerana ia melambangkan negara Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tinjauan Malaysia Airlines (MAS) bagi mendapatkan pandangan orang ramai sama ada baju kebaya yang diperagakan oleh krunya perlu diberi imej baharu atau tidak, mencetuskan perdebatan.
Ia selepas MAS mahu membenarkan pramugari yang memperagakan kebaya ikoniknya memilih untuk berhijab ketika bertugas dalam penerbangan domestik dan antarabangsa.
Ada pihak yang menentang, ada yang menyambut baik, namun, kebanyakannya memberi pendapat supaya imej batik dan kebaya itu dikekalkan kerana ia melambangkan negara Malaysia.
Bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), inisiatif yang diambil oleh MAS itu sangat dialu-alukan dan menyifatkan ia sebagai langkah proaktif.
“Kami berpandangan inisiatif itu adalah satu langkah proaktif bagi menghentikan stigma dan eksploitasi kepada golongan wanita yang terbabit dalam industri berkenaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Manakala Suriani Sudi, yang mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) Islam Ikatan Muslimin Malaysia, turut berpandangan sama, menyatakan MAS harus berani menukar kod etika pakaian anggota kru kabin kepada sesuatu yang lebih sederhana, di samping mengekalkan identiti pakaian batik.
Namun, aktivis Siti Kasim yang juga seorang peguam, mengecam tinjauan itu, mengatakan bahawa isu seperti pengalaman perkhidmatan pelanggan dan kebajikan pekerja perlu diberi keutamaan oleh syarikat penerbangan itu.
“Pakaian itu ikon Malaysia, kebaya. Ia kelihatan baik dan tidak lucah. Anda mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilakukan.
“Tingkatkan perkhidmatan anda, tingkatkan kebajikan kakitangan di MAS,” katanya dalam video yang dikongsikan menerusi Twitter.
Susulan itu, MAS dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa syarikat itu akan memberikan maklum balas berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#penerbangan Malaysia
#kebaya
#berhijab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan