Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai didesak membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui yang memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, kenyataan tidak menyokong Presiden Barisan Nasional (BN) itu disifatkan sebagai tindakan kebudak-budakan yang hanya untuk menangguk di air keruh kononnya Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu adalah rasis.
"Sekiranya Tiong Lai tidak menyokong, tindakan disiplin yang keras harus dikenakan kepada Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang tersebut.
"Sekiranya menyokong, jelaslah MCA bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam BN," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Ahad, Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Chow Hui turut dilaporkan berkata, himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut dilihat medium untuk menghancurkan keharmonian kaum.
Dalam pada itu, kata Jamawi, tindakan Chow Hui tidak menggambarkan langsung semangat setiakawan dalam BN yang mana ketika himpunan Bersih ahli Pemuda MCA diberi kebebasan untuk menghadirinya.
"Sikap 'double standard' ini mencerminkan arah perjuangan Pemuda MCA dengan lebih jelas.
"Jika dia tidak mampu untuk membantu parti, cukup sekadar tutup mulut dan jangan pula menunjukkan perangai sebenar tidak mengenang budi seperti kisah sang kancil dan buaya yang sanggup menggigit orang yang membantu semata-mata kerana pentingkan diri.
Tambahnya, adalah lebih baik jika Chow Hui segera membantu perkukuhkan kembali Pemuda MCA serta menambahkan daftar undi terutamanya golongan muda Cina yang menurutnya semakin kurang menyokong BN.
Najib pada Jumaat mengucapkan penghargaan kepada peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah kerana berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi pada 16 September lepas.
Sebelum ini, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Najib memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu.
Jamal menegaskan penganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada Perdana Menteri mahupun kerajaan..
Wan Syamsul Amly
Mon Sep 21 2015
Liow (gambar) didesak membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang. -Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Isu Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang selesai - Tiong Lai
Isu melibatkan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang didakwa mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diselesaikan secara bersama dalam Barisan Nasional (BN).
'Tiong Lai, mahu sokong Pemuda MCA Pasir Gudang atau tidak?' - Pemuda UMNO
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai didesak membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang.