awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tipu pakej Umrah RM250,000, polis buru lelaki dan dua isteri

Bernama
Bernama
18/04/2014
01:02 MYT
Tipu pakej Umrah RM250,000, polis buru lelaki dan dua isteri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany menunjukkan gambar suspek yang diburu polis.
Polis memburu seorang lelaki dan dua isterinya kerana disyaki menipu lebih 100 individu melalui pakej umrah sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM250,000 sejak tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata syarikat pakej umrah yang dikendalikan oleh suspek itu memperdayakan mangsa dengan menawarkan pakej umrah murah berharga RM3,999.
Katanya, mereka yang diburu ialah Zakariah Hassan, 56, alamat terakhir di No.5, Jalan AU 1C/3G, Taman Keramat Permai, di sini.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, lelaki itu mempunyai tiga isteri dan salah seorang isterinya telah ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan.
Dua lagi isterinya yang sedang diburu ialah Suziana Mohd Yamin, 47, alamat terakhir di No.51, Persiaran Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Syarifah Norfazihan Syed Mustaffa, 36, alamat terakhir di No.16, Taman Ibai Indah, Kuala Terengganu.
Izany berkata, syarikat yang dikenali sebagai IUMRAH Rakyat Sdn Bhd itu beroperasi di Wangsa Maju, di sini dan meminta pelanggan membuat bayaran penuh secepat mungkin jika mereka berminat menunaikan umrah dengan harga yang rendah.
Setelah menerima bayaran, syarikat itu kemudiannya akan memaklumkan kepada pelanggan kononnya penerbangan mereka ke tanah suci telah dibatalkan dan wang pelanggan akan dipulangkan dengan pemberian cek tarikh bertunda.
"Antara alasan yang diberikan oleh syarikat itu ialah kononnya penerbangan telah dibatalkan kerana mereka gagal mendapat kelulusan visa daripada kerajaan Arab Saudi.
Wang mangsa dikembalikan menggunakan cek tarikh bertunda dan apabila mangsa pergi tunaikan di bank didapati akaun bank tersebut telah ditutup," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa pakej umrah seumpama itu supaya tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan.
Izany juga menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas syarikat yang menawarkan dan mengendalikan pakej umrah dengan harga yang murah serta meragukan.
Topic Berkaitan
#ACP Izany Abdul Ghany
#pakej
#tipu
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan