awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/12/2025
10:10 MYT
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
AGC turut mengingatkan semua pihak agar menghormati proses perundangan, termasuk tindakan merayu yang telah diambil oleh Najib, yang juga bekas Perdana Menteri. -Foto fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan dakwaan kononnya keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YdPN) berhubung kuasa pengampunan, adalah tidak benar sama sekali.

Ringkasan AI
  • AGC menegaskan dakwaan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu adalah tidak benar dan tidak mencerminkan alasan sebenar yang telah dinyatakan oleh mahkamah.
  • Mahkamah Tinggi telah jelas kuasa pengampunan sebagai prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, memperkukuhkan kedudukan institusi diraja, khususnya dalam hal pengampunan.
  • AGC menegaskan kuasa pengampunan oleh YDPA, Raja-Raja Melayu, dan YdPN tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak lain, dan perlu terikat kepada syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut AGC, dakwaan berkenaan tidak mencerminkan alasan sebenar yang telah dihuraikan oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya.
Jelas jabatan itu, Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YdPA) yang dijamin di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang telah diputuskan dalam keputusan terdahulu Mahkamah Atasan.
"Namun begitu, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa dalam menjalankan kuasa prerogatif tersebut, YDPA dan Raja-Raja Melayu serta YdPN akan bersidang bersama Lembaga Pengampunan dalam memutuskan sesuatu permohonan pengampunan," kata AGC dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, AGC menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan sebenarnya telah menghuraikan secara terperinci perjalanan kuasa YdPA, Raja-Raja Melayu dan YdPN, sekali gus memperkukuhkan serta mengesahkan kedudukan dan kuasa institusi diraja, khususnya dalam hal ehwal pengampunan.
Tambah AGC lagi, Hakim dalam penghakiman lisannya telah mengiktiraf kuasa prerogatif YdPA, Raja-Raja Melayu serta YdPN.
"Kuasa pengampunan ini tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak lain. Namun begitu, selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan, kuasa pengampunan tersebut perlu dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat Perlembagaan sebagaimana dinyatakan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan," kata AGC lagi.
Jabatan itu turut menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang berunsur menghasut serta berpotensi menggugat ketenteraman awam melalui tafsiran yang salah terhadap penghakiman Mahkamah, adalah amat tidak wajar.
AGC turut mengingatkan semua pihak agar menghormati proses perundangan, termasuk tindakan merayu yang telah diambil oleh Najib, yang juga bekas Perdana Menteri.
"Dalam hal ini, jabatan ini akan terus komited mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil," katanya.
Berkenaan kes Najib, AGC turut menjelaskan bahawa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 mendedahkan perihal berhubung tahanan rumah, tidak pernah dibincangkan atau dititahkan oleh YdPA ke-16 semasa mesyuarat tersebut.
AGC berkata, mesyuarat tersebut hanya membincangkan permohonan pengampunan penuh oleh Najib dan titah YdPA ke-16 pada ketika itu hanyalah supaya hukuman penjara dan denda dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditegaskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan dakwaan yang mengatakan keputusan Mahkamah Tinggi mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YdPN)? A: AGC menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan tidak mencerminkan alasan sebenar yang dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya.
  • Q: Apa yang dinyatakan Mahkamah Tinggi mengenai kuasa pengampunan dalam keputusannya? A: Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YdPA) yang dijamin di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
  • Q: Apa yang dimaksudkan AGC dengan konsep "Raja Berperlembagaan" dalam konteks kuasa pengampunan? A: AGC menjelaskan bahawa kuasa pengampunan YdPA, Raja-Raja Melayu, dan YdPN perlu dilaksanakan mengikut syarat-syarat Perlembagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
  • Q: Apakah kenyataan AGC berkenaan tindakan atau kenyataan yang berunsur menghasut dan menggugat ketenteraman awam berhubung penghakiman Mahkamah? A: AGC menyatakan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang berunsur menghasut dan berpotensi menggugat ketenteraman awam melalui tafsiran yang salah terhadap penghakiman Mahkamah adalah tidak wajar.
  • Q: Apa yang didedahkan oleh AGC berkenaan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61? A: AGC menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut hanya membincangkan permohonan pengampunan penuh oleh Najib dan titah YdPA ke-16 pada masa itu hanya melibatkan pengurangan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 peratus, tanpa membincangkan tahanan rumah.

Topic Berkaitan
#Najib Razak
#tahanan rumah Najib
#Titah Adendum
#kes 1MDB Najib
#Jabatan Peguam Negara AGC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan