awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/01/2025
08:53 MYT
Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha
Zaliha berkata, perkara itu adalah sulit dan merupakan hak Lembaga Pengampunan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu adalah sulit dan merupakan hak Lembaga Pengampunan.
"Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Kita tak boleh buat perkara itu open (dibuka untuk umum), itu hak Lembaga Pengampunan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan MADANI, pada Khamis.
Pada Rabu, Ketua Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesyorkan agar kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan titah adendum.
Katanya, pendedahan itu boleh memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Topic Berkaitan
#lembaga pengampunan
#Najib Razak
#Titah Adendum
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan