KUALA LUMPUR: Titah sulung Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 disifatkan sebagai permulaan episod baharu ketegasan Seri Paduka Baginda memayungi kepentingan rakyat dan memastikan keselamatan politik negara terus terpelihara.
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi di Universiti Teknologi MARA Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata titah Sultan Ibrahim menunjukkan Seri Paduka Baginda mahukan kestabilan politik sebagai asas keselamatan negara.
"Pendekatan berpaksikan rakyat Seri Paduka Baginda amat dimahukan oleh rakyat pada masa ini agar rakyat merasakan keterjaminan mereka dalam konteks sosioekonomi dan bukan lagi terpaksa menghadapi telatah sengketa politik tidak berkesudahan dalam negara," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata Sultan Ibrahim mahu semua Ahli Parlimen memainkan peranan penting dalam pembentukan negara dan menjadi satu pasukan besar dalam pengurusan negara demi kepentingan masyarakat," katanya.
Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin pula berkata saranan Seri Paduka Baginda melalui titah supaya kerajaan merangka dasar untuk mengukuhkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Beliau berkata isu berkaitan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong.
"Pada saya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan lagi apa yang telah dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam titah itu.
"Apa yang dilakukan oleh Seri Paduka Baginda adalah untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang sudah ada namun masih belum sempurna," katanya.
Shamsul Amri berkata meskipun kerajaan tidak berhenti melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat namun masih terdapat kelemahan di peringkat akar umbi khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di peringkat sekolah vernakular, sekolah kebangsaan dan sekolah swasta.
Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan melakukan pemantauan lebih rapi bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dapat diperluas untuk setiap subjek di semua sekolah kerana jika hanya satu yang menggunakan bahasa kebangsaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkan pelajar bangsa lain menguasainya dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Panggil sidang Parlimen lebih awal, tidak perlu tunggu 14 hari - Tun Mahathir
Tun Mahathir berkata, persediaan oleh pihak kerajaan dan pengurusan Dewan Rakyat juga tidak memerlukan masa yang lama dan boleh dilakukan segera.
Ketepi perbezaan, wujudkan perpaduan dan kebersamaan - Titah Agong
Seri Paduka bertitah, usaha jitu perlu diambil bagi meruntuhkan apa juga benteng pemisah yang menjadi penghalang kepada perpaduan.