awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM kesan objek dipercayai MT Putri

Bernama
Bernama
18/06/2017
14:37 MYT
TLDM kesan objek dipercayai MT Putri
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata objek itu dikesan Kapal Diraja (KD) Perantau menggunakan "sonar multi-beam". - Gambar fail
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya mengesan objek di bawah air berupa kapal karam dipercayai MT Putri Sea.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata objek itu dikesan Kapal Diraja (KD) Perantau menggunakan "sonar multi-beam".
"Tim penyelam TLDM dalam perjalanan untuk mengesan objek terbabit," katanya menerusi laman Twitter rasminya hari ini.
Awal pagi Khamis lepas, enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila kapal tangki tersebut meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang, Johor.
Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35; Muhamad Heri Hernanda, 28; Abdur Rahem, 31; Rendy Alamanda, 28; Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.
Kapal MT Putri SEA dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.
Laporan kehilangan kapal berkenaan diterima daripada Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) sekitar jam 5 pagi setelah ejen kapal cuba menghubungi kapal berkenaan tetapi gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MT Putri
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan