awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington kenakan sekatan ke atas pembantu Khamenei, tuduh terlibat kekerasan terhadap penunjuk perasaan
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM nafi terlibat insiden, ketegangan dengan Tentera Laut Filipina

Bernama
Bernama
14/08/2025
14:15 MYT
TLDM nafi terlibat insiden, ketegangan dengan Tentera Laut Filipina
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan dakwaan kononnya wujud ketegangan antara pasukan itu dengan Tentera Laut Filipina, seperti tular menerusi media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan dakwaan kononnya wujud ketegangan antara pasukan itu dengan Tentera Laut Filipina, seperti tular menerusi media sosial.
TLDM menegaskan tiada insiden seperti digambarkan berlaku dan menyifatkan kandungan video tular melalui platform YouTube berkenaan bertujuan mencemarkan hubungan diplomatik pertahanan yang telah lama terjalin antara dua negara.
"Penyebaran maklumat palsu ini berpotensi mencetuskan kontroversi, merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan TLDM, khususnya dalam menjaga kedaulatan perairan negara.
"Sebaran maklumat palsu seperti ini boleh menggugat keamanan dan kestabilan di rantau ini serta dilihat menyumbang kepada agenda politik atau strategik tertentu," menurut TLDM dalam satu kenyataan.
TLDM kekal komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara dan masyarakat awam diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan demi menjamin keamanan sejagat.
Video berdurasi 12 minit 51 saat itu memaparkan visual beberapa kapal perang berada di lautan dan mendakwa kapal milik TLDM dan Tentera Laut Filipina seolah-olah berada dalam ketegangan berhampiran perairan Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TLDM nafi
#insiden ketegangan
#tentera laut filipina
#Tentera Laut Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan